Tuesday, March 24, 2009

petang selasa

1. sejak kebelakangan ni aku menjadi sibuk. kena masuk mesyuarat. di sini banyak betul mesyuarat yang perlu dihadiri. hadir mesyuarat satu hal, buat minit satu hal, mesyuarat jawatankuasa kena plak buat laporan. lepas program, mesyuarat post mortem plak. laporan pulak. maknanya mesyuarat mesti ada black n white, pastuh file pulak. memang ISO sungguhla..(pening-pening)

2. kalau mesyuarat kat sekolah tak kisah pun..minit mesyuarat belum tentu buat. disuruh catit sewaktu mesyuarat tapi minit sebenar ntah siap ntah kan tidak, tak kisah. kalau kat sini, hari ni mesyuarat, esok dah kena anta draft minit ke ketua jabatan. ketua jabatan semak,aku pun buat salinan dan edar ke ahli mesyuarat.

3. tapi yang bestnya buat minit, anda akan mempelajari satu laras bahasa laporan. mula-mula memang tak pandai, tapi lama-lama kemahiran menulis secara rasmi akan dikuasai. pentingnya minit mesyuarat ni, maksud yang disampaikan oleh pengerusi mesyuarat secara verbal@lisan dapat diterjemah melalui penulisan di dalam minit mesyuarat. minit mesyuarat merupakan satu dokumen kerajaan. perlu disimpan di dalam fail yang betul.

4. ini bermakna minit mesyuarat juga boleh digunakan sebagai bahan bukti apabila kes-kes tertentu berlaku.

5 comments:

chekgu Bani Hassim said...

minit paling tak suke buat..
sebab tu aku tk penah jadi su...
penah jadi, tp kejap je...
dah tu aku terus tak dilantik balik utk jadi su..
nyusahkan sungguh...

OG said...

mesyuarat adalah teras platform dalam membuat sesuatu keputusan dasar secara kolektif & demokratik. minit mesyuarat adalah dokumen terpenting yang akan mencetuskan sesuatu consequences seperti perkara dasar serta tindakan susulan. minit mesyuarat juga adalah evidence yang kukuh dalam menjelaskan sesuatu alibi..dan skill penulisan minit tidak dimiliki oleh semua orang, namun ianya boleh diasah melalui disiplin, sikap kebertanggungjawaban, minat serta komitmen. orang-orang `hebat' adalah kalangan `penulis minit yang baik'! orang-orang yang hebat bercakap itu belum tentu lagi seorang penulis minit yang baik..

CIK FARAH said...

he..he.. Aku dapat bayangkan cik lin... jawatan yg paling aku benci sekali ialah jd SU bukan apa, pada aku SU adalah seseorg yang paling komited dalam satu organisasi N paling kerjaya banyak.. Semuanya SU so aku bersyukur amat2 bila aku dapat balik penang so aku dah tak pegang SU MGBK daerah. Udah ler meeting ckpnya mcm2 so bila kita minitkan kata tak payah so bila tak minit tanya nape tak masukkan dalam minit kan susah. masa meeting ckp lain....

Linda said...

hehehhe...memang betul kawan2ku,

membuat minit memang kerja yang paling tidak digemari. tetapi aku kena positif, platform untuk menjadi orang2 yang hebat....hhehehe

OG said...

kalau boss tu memang jenis bodoh, bangsat segalanya...anak buah pun jadi pemalas dan tak reti buat kerja la! tak faham antara tanggungjawab, amanah, komitmen dan main..main..