Wednesday, October 7, 2009

kelab

1. kelab. ada orang suka masuk kelab. jadi ahli kelab. atau ketua kelab. bagi sesiapa yang gila kuasa bagus jadi ketua kelab. sekurang-kurangnya dia mempunyai ruang untuk menunjukkan kemahiran menjadi ketua. sekiranya suka jadi ahli, pun bagus juga. setiap orang mempunyai fungsi yang tersendiri. samada ketua atau ahli biasa.

2. kelab ditubuhkan atas keperluan. kebiasaannya kelab mempunyai objektif tertentu yang perlu dicapai. kalau tiada objektif buat apa tubuhkan kelab. kelab yang jelas objektifnya, bagus pentadbirannya, pasti akan berkembang dan maju. pasti semakin besar dan kukuh.

3. dana untuk kelab perlu ada. terpulang di atas kebijaksanaan ahli kelab mengumpul dana. kelab tidak wajar menunggu bantuan. dana boleh diusahakan. dana juga boleh datang dalam pelbagai bentuk. dunia hari ini luas. peluang boleh dicipta dan mendatangkan hasil.

4. namunbegitu, ada antara kelab-kelab yang wujud, terbiar. ahlinya terpinggir. suaranya tidak diberi perhatian. pergolakan antara ahli juga sering berlaku. tiada sumbangan atau aktiviti yang dijalankan lagi bagi mencapai objektif kelab di awal penubuhannya. jadi apakah yang berlaku?

5. kelab memerlukan pimpinan yang hebat. ahli yang boleh bekerjasama. dinamik dan produktif. boleh menerima teguran dan kritikan. boleh menerima perubahan dengan baik serta berubah menjadi lebih bagus. berapa banyakkah kelab yang sebegini?

6. alangkah beruntungnya kelab yang mampu berkembang dan memberi sumbangan sejajar dengan objektif penubuhannya.

7. sekiranya kelab tidak berfungsi, apa kata dibubarkan saja. tidak perlu memberi harapan. atau menjadi bahan kutukan.