Friday, March 20, 2009

kolej matrikulasi kementerian pelajaran malaysia

1.bulan mac merupakan bulan yang agak sibuk di KML, ekoran beberapa perkara:

a. mesyuarat
b. bengkel
c. kursus
d. peperiksaan akhir


4. maka ini wahai kawan-kawan:

a) yang memegang gred DG yang berminat untuk menjadi pensyarah di kolej matrikulasi kementerian pelajaran malaysia amatlah dialu2kan. borang permohonan boleh didownload @dimuat turun di laman web bahagian matrikulasi kementerian pelajaran malaysia.

b) sekiranya anda mahu menyambung pengajian di peringkat sarjana atau phd, silalah buat kursus yang sama seperti di peringkat sarjana muda. banyak senario berlaku ketika ini, kelayakan pemegang gred DG dipersoalkan ekoran menyambung pengajian di peringkat sarjana atau phd berbeza dari peringkat sarjana muda. "untuk menjadi seorang akademik atau academician, anda perlulah master @ pakar di dalam bidang anda". ini kata-kata aku petik dari seorang profesor di UTM Skudai. fikir-fikirkanlah.

c) kenaikan gred dari DG41 ke DG 44 dan seterusnya lebih mudah dan cepat prosesnya berbanding dengan keperluan time based. di sini semua pensyarah mempunyai peluang kenaikan gred lebih cepat berbanding di sekolah. tetapi pastikan anda telah lulus PTK dan menghadiri BTN. ada beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

5. ini adalah antara beberapa maklumat yang perlu aku kongsi dan sampaikan kepada kawan-kawan yang memegang gred DG di dalam perkhidmatan.


P/S: Ekoran teguran dari OG, aku terpaksa edit balik post ni. heheh..

13 comments:

chekgu Bani Hassim said...

mengajar kengkawan cikgu ke pensyarah ke??
huhu

Muslimahsolehah said...

ptk baru amik..tak tau lulus dpt 4 ke tak? cane nak apply? borang hani dah dpt dari kak lin..dia bagikan copy kat hani ngan shadi

Linda said...

hani,

isi borang, pastu hantar ke bahagian matrik. sekarang ni diorang nak amik banyak pensyarah untuk mengisi kekosongan. kita yang dari sekolah memang ada advantage.

jumpa di matrik ok!

Linda said...

aku tak paham soalan hang chekgu banihassim?

ape dia maksud hang?

CIK FARAH said...

aku nak isi gak.. dalam web matrik kan

Linda said...

isi jer cik farah, sini ada jawatan kaunselor. nko akan duduk di jabatan pengurusan pelajar.

kita jumpa di matrik ok!

OG said...

untuk makluman pengendali blog ini,
anda dinasihatkan TIDAK menyiarkan sebarang keputusan daripada mana-mana dokumen Kerajaan termasuklah minit mesyuarat!Berhati-hati dengan dokumen rasmi Kerajaan..jangan terperangkap dalam diri sendiri.Setiap Penjawat Awam adalah tertakluk kepada Tata Cara Perkhidmatan Awam atau G.O. Sekian, harap maklum & teruskan percambahan inteligence demi peningkatan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti.

Linda said...

OG

terima kasih atas teguran.

CIK FARAH said...

Cik Lin yang panggil aku akak tu bukan pengganti sawi kecut tapi merupakan KEKASIH HATI sawi kecut so dia ikut panggil aku akak gak ler...

OG said...

untuk dapatkan lagu rasmi wilayah persekutuan sila layari http://www.kwp.gov.my/ - semuanya ada di laman kpw. manakala lagu-lagu patriotik pula anda boleh download percuma di http://pmr.penerangan.gov.my ...good luck!

Linda said...

hehhehe....ooo gitu rupanya...tak kusangka cikgu banihassim kekasih hati sawi kecut!

chekgu Bani Hassim said...

haha...
kak farah marah sgt ler org panggil dier akak...
ko kan mmg kakak2...
hahaha...

sian dak sawi kecut tu...
dier tak tahu menahu pun kite dok ngumpat dier...
huhu

CIK FARAH said...

Aku tak kutuk yek... Aku kasi tau fakta!!!