Friday, March 6, 2009
Kewarganegaraan
Minggu ni minggu pembentangan tajuk Kewarganegaraan. Beberapa pembentangan telah dilakukan.Terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan oleh pelajar yang membuatkan aku terfikir, antaranya ialah:
a) Kenapa Sarawak dan Sabah perlu masuk Malaysia sedangkan kedua-dua negeri ini mempunyai sumber alam yang melimpah?
b) Bagaimana sekiranya Sarawak dan Sabah mahu keluar dari Malaysia?
c) Sabah dan Sarawak tidak mempunyai Sultan, lalu mengapa perlu berada dibawah sistem Raja Berpelembagaan?
d) Mengapa Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera ditekankan di dalam Perlembagaan, bagaimana pula dengan Kaum Bukan Bumiputera?
e) Bagaimana pula dengan raja dan golongan istana, adakah mereka tertakluk dibawah undang2 sekiranya melakukan kesalahan atau jenayah?
f) Agama Islam merupakan agama rasmi, agama lain boleh diamalkan. Bagaimana pula sekiranya individu yang tidak mempunyai/memegang agama/kepercayaan?
Minggu pembentangan ini telah membuatkan aku berfikir apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami sejarah Malaysia. Beberapa persoalan timbul di benak fikiran aku:
a) Dimanakah silapnya?
b) Mengapa persoalan-persoalan di atas timbul setelah menjalani 5 tahun/6tahun di sekolah menengah?
c) Adakah tiada sumber rujukan yang mencukupi mengenai sejarah Malaysia?
d) Bagaimana pula dengan penyampaian subjek Sejarah di sekolah?
e) Adakah pelajar memahami Sejarah atau sekadar menghafal untuk mendapatkan A di dalam SPM?
f) Pelajar matrikulasi adalah bakal pelajar intitus pengajian tinggi awam/swasta, adakah mereka mampu menjadi warganegara yang patriotik apabila mencapai umur 21 tahun, yang melayakkan mereka mengundi dan seterusnya terlibat di dalam proses pembentukan kerajaan Malaysia?
g) Siapakah yang bertanggungjawab membentuk pengundi muda di peringkat IPTA/S?
h) Adakah mereka akan dibiarkan keliru dan tidak memahami tanggungjawab sebenar sebagai rakyat Malaysia?
Pada pandangan aku:
1. Kebanyakan pelajar masih tidak memahami sejarah kemerdekaan Malaysia dan kepentingan Perlembagaan Malaysia.
2. Namun begitu, terdapat juga beberapa kumpulan tutorial yang telah membentangkan tajuk di atas dengan cemerlang. penuh dengan maklumat yang begitu komprehensif.
3. Minggu ini juga memberi satu semangat untuk aku lebih bersedia (dengan jawapan dan fakta) menghadapi persoalan2 yang sama pada semester akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment