Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

1. Hari raya adalah hari yang disambut dengan meriah di seluruh negeri di Malaysia. Setiap tahun perayaan ini dirayakan dengan beberapa cara. Balik ke kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Ada yang berehat di rumah sepanjang hari. Ada juga yang mengambil kesempatan membeli belah.Bagi yang berada di perantauan, pasti merindui kampung halaman. Bagi yang keluar meninggalkan keluarga, pasti teringat suasana bersama keluarga.

2. Tetapi berapa ramai yang benar memahami erti hari raya. Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Pengisian sambutan 2 hari besar ini diterjemahkan dalam pelbagai cara.

3. Rakyat Malaysia majoritinya mengaitkan perayaan dengan makanan. Rezeki yang datang bersama hari raya. Makan free. Makan sate. Makan ketupat. Makan pelbagai makanan. Bagaimana agaknya jika satu hari nanti, tiada makanan di Malaysia apakah yang akan berlaku kepada sambutan hari raya?

4. Bagi yang tiada keluarga bagaimana pula sambutan hari raya? Bagi yang sebatang kara bagaimana? Hari raya mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap individu. Bagaimana pula sambutan hari raya anda?