Sunday, March 15, 2009

kota kinabalu III

pasar filipin 2

1. pasar filipin ada banyak. tempat makan ikan bakar. pasar filipin yang ini ialah yang menjual barang2 perhiasan dan barangan kristal serta mutiara.

2. kalau nak shopping disini, anda perlulah melawat semua gerai dan study skit macam mana penjual disini bukak harga.maka memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

3. aku pergi pasar ni dengan kak mas, dia orang sarawak. so aku ni orang semenanjung. so nkorang pun paham2 sajalah..kalau dengar bunyi orang semenanjung, harga memang kaw2 punya. so sepanjang perjalanan shopping ni aku diam dan dengar, serta amik gambar.

4. apa yang aku dapat ketika memerhatikan kak mas berurusan dengan penjual2 ini ialah:

a. terdapat beberapa jenis kristal, 1. kristal filipin 2. kristal brazil 3.kristal sworaski. antara jenis kristal ni, kristal yang ketiga lebih berkualiti dan mahal, sebiji kristal boleh dikenakan bayaran dari rm2 - rm4 sebiji. kristal yang ketiga ni, lebih berkilat dan cantik potongannya. selalu kristal jenis yang ketiga digunapakai oleh kedai2 emas, kan ada kristal beli kat poh kong, depa jual rm 200 plus. kristal diikat dengan tali tangsi atau suasa. so bergantunglah pada anda minat yang bagaimana. nak tempah ikut design sendiri pun boleh. yang penting sediakan saja duitnya.

b.mutiara ada 2 jenis, 1. mutiara air tawar 2. mutiara air masin (laut). mutiara air masin lebih berkualiti dan mahal. harganya boleh mencecah dari rm80 sehingga 650 keatas. bentuknya bulat dan berkilat. terdapat 3 warna asli mutiara, iaitu hitam, putih dan peach.mutiara air tawar, bentuknya macam kepingan jagung, agak leper, dan sangatla murah. tetapi kalau pandai memilih ok jer sebenarnya.

c. semakin petang anda berada disini semakin flexible penjual. sebab depa semua nak balik dah, so bolehla tawar menawar harga yang murah. katanya harga jam 6 petang, atau pun harga hujan, waktu petang hujan so ketika itu ayat la depa2 ni...dapatla harga yang murah2.

5. Pada pengamatan akula, tempat macam ni kena pergi banyak kali. first time pergi mata rambang, rasa semua cantik semua nak beli. kali kedua pergi, dah nampak mana yang perlu dibeli. kali ketiga pergi, rasa macam tak berbaloi pun ada. so terpulanglah atas kebijaksanaan masing2.






No comments: