1.ini adalah beberapa shot yang diambil ketika berada di kota kinabalu.
bangunan kat sini besar2 dan baru2. shoping mall dia dahsyat juga...kira puas hatila turun kk kalau dah lama sangat duk kat pulau labuan tu.
2. pada pemerhatian aku, kat kk ni hotel dia memang first class..banyak hotel disini, so tiada masalah penginapan. kawasan pula luas, maka tak de la crowded sangat macam di lembah klang ataupun di kl.
3. cuma yang aku confused, shopping mall di sini memang canggih, boutique untuk established brand pun memang la banyak. cuma yang menjadi persoalan ialah, siapa yang shopping kat sini? kalau tengok penduduk kk, anda akan terkejut kerana disini seperti ada dua group yang berbeza, kalau kaya, kaya sungguh kalau miskin, miskin betul! bagaimana kuasa beli di kalangan penduduk kk ni?
4. tapi yang pasti, kota kinabalu adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. kalau betul rakyat malaysia, kenala jelajah semua negeri2 di malaysia. dan bolehlah anda membuat pemerhatian dan perbandingan. seronok pergi tempat orang.tak kenal maka tak cinta,kan!
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment