1. isu makanan di pulau ni memang dah lama menjadi salah satu topik yang hangat, 5 bulan disini, macam-macam komen yang aku dengar mengenai makanan di sini. '...ada yang bilang tawar, tak pedas, tak sedap, tak rasa apape, tak menarik, tak patut...dan macam-macam lagi...'
2. melalui pemerhatian aku kat sini makanan memang tak berapa sedap. makan di sini hanyalah sekadar mengelakkan diri dari lapar. bukan makan sebab nak enjoy or sedap2 makan. tiada bah disini! memang menyedihkan tetapi apabila tujuan hidup kita bukan berpaksikan makanan, so ini hanyalah isu yang kecil.
3. berbanding rakyat malaysia yang tinggal di semenanjung, bersyukurlah bahawa anda dilimpahi dengan nikmat makanan yang sedap dan mewah. makan tidak menjadi masalah. pilihan sentiasa terbentang luas di hadapan. yang penting sediakan sahaja duitnya.
4. apabila ke pulau pinang atau negeri di sebelah utara, anda sedia maklum kehebatan makanan disana, sila lawat blog bukan melukut di tepi gantang, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan makanan di utara. blog idup hang jebat juga ada memaparkan post mengenai makanan keistimewaan orang utara.
5. itu baru cerita bahagian utara semenanjung malaysia, belum lagi di kawasan pantai timur, selatan dan barat semenanjung. memang nikmat menjadi rakyat malaysia. kita berkongsi rasa tanpa mengenal batas kaum atau agama. tetapi disini memang terbatas apabila bercerita mengenai makan atau makanan.
6.apabila berada disini, aku telah menjelajah beberapa restoran dan tempat makan yang dicadangkan. orang kata sedap, aku pun pergila...cuba,tapi 'sedap' disini tak sehebat sedap di semenanjung. disini yang aku kenalpasti, jarang orang tempatan@local yang masak sedap. selalunya yang sedap disini, pasti tukang masaknya adalah orang semenanjung yang masak.
7. apabila kita merantau jauh dari kampung halaman, banyak perkara yang akan kita hargai. salah satunya makanan lah!
"...there are some things one can only achieve by a deliberate leap in the opposite direction. one has to go abroad in order to find the one has lost..." Franz Kafka, Austrian author (1883-1924).
Wednesday, March 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
siannye bunyi entri nih...
rindu masakan mami ke??
ke rindu masakan Pak Li??
huhu
pacik MekDi masak tak sedap ke??hehe
LALUKA MAKAN HI HI
rindu la juga dengan masakan mami, mamak, pak li. pakcik mcd sekali2 bolehla.
Aku mesti kurus kalau duk sana... lapar mcm ni.. Kesian kat ko.. Tak pe nanti aku blanja ko makan kat sini..
cian nyer.. tak de nikmat idup le kalau aku dok sana tanpa makan yg best2.. tak syok kalu makn pun tak syok ooo
Post a Comment