Tuesday, March 31, 2009

april



1. esok bulan april. bulan april adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu kehadirannya kerana:

a. cuti semester bermula
b. balik kampung halaman
c. bercuti di langkawi
d. berjumpa kawan lama


2. walaubagaimanapun, pada minggu kedua dan ketiga april ada beberapa aktiviti di kolej antaranya:

a. potluck jsi-6 april 2009
b. mesyuarat jsi - 8 april 2009 (buat minit lagi la jawabnya!)
c. taklimat ISO warga kml - 9 april 2009
d. taklimat peperiksaan untuk menjaga peperiksaan - 10 april 2009
e. perjumpaan pensyarah dan pelajar kml - 3 april 2009
f. study week - 6 - 10 april 2009
g. peperiksaan akhir - 13 - 17 april 2009
h. brunei trip - 11-12 april 2009
i. flight lbu-kul mas 5.20pm - 18 april 2009(ini hari yang paling ditunggu2)

Monday, March 30, 2009

bowling jsi







29 mac 2009
10.30 pagi-1.00petang
pusat bowling ujana kewangan

1. pertandingan bowling antara unit(unit dinamika kemahiran (ini unit aku), bahasa inggeris, ekonomi, perakaunan, pengurusan perniagaan dan pendidikan islam dan moral dibawah jabatan sastera dan ikhtisas.

2. aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah pensyarah dan mengisi masa lapang hujung minggu. sebenarnya ini adalah aktiviti dibawah jawatankuasa rekreasi jsi. jawatankuasa ni yang bertanggungjawab membuat aktiviti2 menarik bagi semua pensyarah jsi. trip ke brunei bulan april ni, juga dianjurkan oleh jawatankuasa rekreasi.

3. best juga main bowling ni rupanya yea..walaupun tak menang apape hadiah...hahahah...bukan pandai sangat pun main, masuk longkang jangan citer la..tapi enjoy bah! itu yang penting.

4.so bolehla aku join nkorang main bowling kat alam sentral. hazren nko organize yea...hehehe...

bengkel santun anggun pesona peribadi






sabtu 28 mac 2009
dewan mutiara kml
8.00 pagi - 5.00 petang

1. ini program anjuran unit aku untuk semua pelajar hayat.
2. aku tak letak muka ku aku sebab aku bengang tahap dewa.
3. students ok bagi kerjasama yang baik. sejuk skit hati aku.

Friday, March 27, 2009

masihkah kau ingat?






















































1. gambar adik kesayangan cik farah.
2. gambar kita hari sukan kan?
3. Anugerah ape kita dapat masa ni? ahahahah

Wednesday, March 25, 2009

makanan di pulau

1. isu makanan di pulau ni memang dah lama menjadi salah satu topik yang hangat, 5 bulan disini, macam-macam komen yang aku dengar mengenai makanan di sini. '...ada yang bilang tawar, tak pedas, tak sedap, tak rasa apape, tak menarik, tak patut...dan macam-macam lagi...'

2. melalui pemerhatian aku kat sini makanan memang tak berapa sedap. makan di sini hanyalah sekadar mengelakkan diri dari lapar. bukan makan sebab nak enjoy or sedap2 makan. tiada bah disini! memang menyedihkan tetapi apabila tujuan hidup kita bukan berpaksikan makanan, so ini hanyalah isu yang kecil.

3. berbanding rakyat malaysia yang tinggal di semenanjung, bersyukurlah bahawa anda dilimpahi dengan nikmat makanan yang sedap dan mewah. makan tidak menjadi masalah. pilihan sentiasa terbentang luas di hadapan. yang penting sediakan sahaja duitnya.

4. apabila ke pulau pinang atau negeri di sebelah utara, anda sedia maklum kehebatan makanan disana, sila lawat blog bukan melukut di tepi gantang, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan makanan di utara. blog idup hang jebat juga ada memaparkan post mengenai makanan keistimewaan orang utara.

5. itu baru cerita bahagian utara semenanjung malaysia, belum lagi di kawasan pantai timur, selatan dan barat semenanjung. memang nikmat menjadi rakyat malaysia. kita berkongsi rasa tanpa mengenal batas kaum atau agama. tetapi disini memang terbatas apabila bercerita mengenai makan atau makanan.

6.apabila berada disini, aku telah menjelajah beberapa restoran dan tempat makan yang dicadangkan. orang kata sedap, aku pun pergila...cuba,tapi 'sedap' disini tak sehebat sedap di semenanjung. disini yang aku kenalpasti, jarang orang tempatan@local yang masak sedap. selalunya yang sedap disini, pasti tukang masaknya adalah orang semenanjung yang masak.

7. apabila kita merantau jauh dari kampung halaman, banyak perkara yang akan kita hargai. salah satunya makanan lah!


"...there are some things one can only achieve by a deliberate leap in the opposite direction. one has to go abroad in order to find the one has lost..." Franz Kafka, Austrian author (1883-1924).

Tuesday, March 24, 2009

petang selasa

1. sejak kebelakangan ni aku menjadi sibuk. kena masuk mesyuarat. di sini banyak betul mesyuarat yang perlu dihadiri. hadir mesyuarat satu hal, buat minit satu hal, mesyuarat jawatankuasa kena plak buat laporan. lepas program, mesyuarat post mortem plak. laporan pulak. maknanya mesyuarat mesti ada black n white, pastuh file pulak. memang ISO sungguhla..(pening-pening)

2. kalau mesyuarat kat sekolah tak kisah pun..minit mesyuarat belum tentu buat. disuruh catit sewaktu mesyuarat tapi minit sebenar ntah siap ntah kan tidak, tak kisah. kalau kat sini, hari ni mesyuarat, esok dah kena anta draft minit ke ketua jabatan. ketua jabatan semak,aku pun buat salinan dan edar ke ahli mesyuarat.

3. tapi yang bestnya buat minit, anda akan mempelajari satu laras bahasa laporan. mula-mula memang tak pandai, tapi lama-lama kemahiran menulis secara rasmi akan dikuasai. pentingnya minit mesyuarat ni, maksud yang disampaikan oleh pengerusi mesyuarat secara verbal@lisan dapat diterjemah melalui penulisan di dalam minit mesyuarat. minit mesyuarat merupakan satu dokumen kerajaan. perlu disimpan di dalam fail yang betul.

4. ini bermakna minit mesyuarat juga boleh digunakan sebagai bahan bukti apabila kes-kes tertentu berlaku.

Friday, March 20, 2009

kolej matrikulasi kementerian pelajaran malaysia

1.bulan mac merupakan bulan yang agak sibuk di KML, ekoran beberapa perkara:

a. mesyuarat
b. bengkel
c. kursus
d. peperiksaan akhir


4. maka ini wahai kawan-kawan:

a) yang memegang gred DG yang berminat untuk menjadi pensyarah di kolej matrikulasi kementerian pelajaran malaysia amatlah dialu2kan. borang permohonan boleh didownload @dimuat turun di laman web bahagian matrikulasi kementerian pelajaran malaysia.

b) sekiranya anda mahu menyambung pengajian di peringkat sarjana atau phd, silalah buat kursus yang sama seperti di peringkat sarjana muda. banyak senario berlaku ketika ini, kelayakan pemegang gred DG dipersoalkan ekoran menyambung pengajian di peringkat sarjana atau phd berbeza dari peringkat sarjana muda. "untuk menjadi seorang akademik atau academician, anda perlulah master @ pakar di dalam bidang anda". ini kata-kata aku petik dari seorang profesor di UTM Skudai. fikir-fikirkanlah.

c) kenaikan gred dari DG41 ke DG 44 dan seterusnya lebih mudah dan cepat prosesnya berbanding dengan keperluan time based. di sini semua pensyarah mempunyai peluang kenaikan gred lebih cepat berbanding di sekolah. tetapi pastikan anda telah lulus PTK dan menghadiri BTN. ada beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

5. ini adalah antara beberapa maklumat yang perlu aku kongsi dan sampaikan kepada kawan-kawan yang memegang gred DG di dalam perkhidmatan.


P/S: Ekoran teguran dari OG, aku terpaksa edit balik post ni. heheh..

Thursday, March 19, 2009

march - april 2009

few things occured in march:

1. iso workshop
2. strategic planning
3. visit kk, and papar
4. shopping at philipines market
5. learn about crystal and pearl

few things will happen in april:

1. semester holiday
2. fly to brunei,langkawi and penang
3. holiday in langkawi with cik farah
4. shopping in langkawi
5. visit geng hang jebat
6. facial appointment with shadi
7. join 'makan2' organized by hazren

PTK Mac 2009

Kepada semua calon PTK Mac 2009,
selamat berjaya!

Tuesday, March 17, 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

1. persoalannya, berapa ramai warga pendidik yang menghayati falsafah ini?
2. mengapa perpaduan kaum masih lagi goyah?
3. apakah yang perlu dilakukan?
4. bagaimanakah caranya menjawab persoalan di atas?

thank you ain.

everyone should have
a friend like you
you are so much fun to be with
and you are such a good person
you crack me up with laughter
and touch my heart with your kindness
you have a wonderful ability
to know when to offer advice
and when to sit in quiet support
time after time
you've come to my rescue
and brightened so many
of my routine days
and time after time
i've realized how fortunate
i am that my life includes you
i really do believe that
everybody should have a friend like you
but so far it looks like
you are one of a kind

Sunday, March 15, 2009

Cuti Sekolah

Kepada semua rakan2 di sekolah, selamat bercuti!
pergilah bercuti, di malaysia semuanya ada!


cik farah,abang besaq, shadi, hani, hazren,ustaz,kak nawa, kak lin dan yang lain2:
cuti hangpa semua pi mana?








pasar pagi labuan ii

1. disebabkan harga yang agak mahal, maka perlulah merancang perbelanjaan. kalau makan kat kedai, belum tentu kebersihan dan kesedapan terjamin. jadi kenalah belajar masak kat sini. kalau nkorang datang sini, kena la buat kelas memasak untuk aku...boleh aku belajar masak.






pasar pagi labuan

1. hari ni hari ahad, maka kenalah pergi pasar pagi2. so aku pun ambil beberapa keping gambar, suasana di pasar. di sini ikan2,dan hidupan laut memangla segar2 belaka. sebab semuanya fresh dari laut. pagi2 nelayan akan membawa hasil tangkapan dan terus dijual di pasar pagi. so semenjak aku tinggal di pulau, aku pun menjadi pemakan ikan dan hidupan laut yang setia. tak mainlah frozen fish..

2. kambing dan lembu sukar didapati. kat sini ada ayam dan kerbau sahaja. aku memang tak minat 2 binatang ni, maka aku pun menjadi pemakan hidupan laut sahaja. disebabkan banyak ikan, udang, ketam...terpaksalah aku cari resipi macam mana nak masak.

3. sayur2an dan buah2an semua dibawa dari kk, so sayur yang popular ialah sayur kangkung, paku pakis, dan sayur hutan. kalau nak makan brokoli, asparagus...kena p hotel. setakat sayur pucuk paku, kayu manis, pucuk labu...adalah kat sini...buah lagi la...yang popular di sini ialah, pisang, betik, tembikai merah.kuning,atau susu. limau,apple,plum,anggur...mahal jugak bah! buah tempatan pun mahal juga..so pandai2 la...mangga setumpuk@selonggok 3 biji costnya rm10. orang kaya jer makan buah kat labuan ni






kota kinabalu V

1. perjalanan dari kk ke menumbok mengambil masa disebabkan keadaan cuaca hujan. so sesiapa yang berminat mahu ke kk, jomla kita p jalan2. ini baru kk, banyak lagi kawasan di negeri sabah yang perlu diexplore.

2. kalau tiada aral melintang, kundasang, ranau, gunung kinabalu,samporna..belum citer pasal pulau2 di sini lagi...semua ni akan dijelajahi. sementara berkhidmat di pulau labuan ni..kenalah ambil peluang berjalan2 di negeri sabah.

3. cik farah, bila kita nak buat trip ke kk? aku ok jer...geng2 hang jebat tak mau melawat sabah ka?






kota kinabalu IV

1.ini adalah beberapa shot yang diambil ketika berada di kota kinabalu.
bangunan kat sini besar2 dan baru2. shoping mall dia dahsyat juga...kira puas hatila turun kk kalau dah lama sangat duk kat pulau labuan tu.

2. pada pemerhatian aku, kat kk ni hotel dia memang first class..banyak hotel disini, so tiada masalah penginapan. kawasan pula luas, maka tak de la crowded sangat macam di lembah klang ataupun di kl.

3. cuma yang aku confused, shopping mall di sini memang canggih, boutique untuk established brand pun memang la banyak. cuma yang menjadi persoalan ialah, siapa yang shopping kat sini? kalau tengok penduduk kk, anda akan terkejut kerana disini seperti ada dua group yang berbeza, kalau kaya, kaya sungguh kalau miskin, miskin betul! bagaimana kuasa beli di kalangan penduduk kk ni?

4. tapi yang pasti, kota kinabalu adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. kalau betul rakyat malaysia, kenala jelajah semua negeri2 di malaysia. dan bolehlah anda membuat pemerhatian dan perbandingan. seronok pergi tempat orang.tak kenal maka tak cinta,kan!







kota kinabalu III

pasar filipin 2

1. pasar filipin ada banyak. tempat makan ikan bakar. pasar filipin yang ini ialah yang menjual barang2 perhiasan dan barangan kristal serta mutiara.

2. kalau nak shopping disini, anda perlulah melawat semua gerai dan study skit macam mana penjual disini bukak harga.maka memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

3. aku pergi pasar ni dengan kak mas, dia orang sarawak. so aku ni orang semenanjung. so nkorang pun paham2 sajalah..kalau dengar bunyi orang semenanjung, harga memang kaw2 punya. so sepanjang perjalanan shopping ni aku diam dan dengar, serta amik gambar.

4. apa yang aku dapat ketika memerhatikan kak mas berurusan dengan penjual2 ini ialah:

a. terdapat beberapa jenis kristal, 1. kristal filipin 2. kristal brazil 3.kristal sworaski. antara jenis kristal ni, kristal yang ketiga lebih berkualiti dan mahal, sebiji kristal boleh dikenakan bayaran dari rm2 - rm4 sebiji. kristal yang ketiga ni, lebih berkilat dan cantik potongannya. selalu kristal jenis yang ketiga digunapakai oleh kedai2 emas, kan ada kristal beli kat poh kong, depa jual rm 200 plus. kristal diikat dengan tali tangsi atau suasa. so bergantunglah pada anda minat yang bagaimana. nak tempah ikut design sendiri pun boleh. yang penting sediakan saja duitnya.

b.mutiara ada 2 jenis, 1. mutiara air tawar 2. mutiara air masin (laut). mutiara air masin lebih berkualiti dan mahal. harganya boleh mencecah dari rm80 sehingga 650 keatas. bentuknya bulat dan berkilat. terdapat 3 warna asli mutiara, iaitu hitam, putih dan peach.mutiara air tawar, bentuknya macam kepingan jagung, agak leper, dan sangatla murah. tetapi kalau pandai memilih ok jer sebenarnya.

c. semakin petang anda berada disini semakin flexible penjual. sebab depa semua nak balik dah, so bolehla tawar menawar harga yang murah. katanya harga jam 6 petang, atau pun harga hujan, waktu petang hujan so ketika itu ayat la depa2 ni...dapatla harga yang murah2.

5. Pada pengamatan akula, tempat macam ni kena pergi banyak kali. first time pergi mata rambang, rasa semua cantik semua nak beli. kali kedua pergi, dah nampak mana yang perlu dibeli. kali ketiga pergi, rasa macam tak berbaloi pun ada. so terpulanglah atas kebijaksanaan masing2.






kota kinabalu II

Pasar Filipina

1.Di bandar kota kinabalu terdapat satu kawasan yang dinamakan Pasar Filipina, orang filipina yang berniaga di sini. Ini ialah gerai makan ikan bakar atau seafood. macam pasar malam, tapi disini mereka membakar ikan2, dah hidupan laut.

2.sesiapa yang suka kan adventure boleh la makan kat sini, kadar kebersihan kurang meyakinkan,harga boleh tahan. tahap kesegaran ikan memang first class. cuma penyediaan makanan dan alatan yang digunakan hanyalah pinggan dan cawan plastik. kalau rasa2 adventure bolehla makan kat sini.




Wednesday, March 11, 2009

Kota Kinabalu
















































Imperial International Hotel
Bengkel Perancangan Strategik KML
12-14 Mac 2009

1.perjalanan dari labuan ke kk mengambil masa 3jam. 1jam setengah menaiki feri dari labuan ke menumbuk. dan 1 jam setengah dari menumbuk ke kota kinabalu.ada beberapa perkara menarik sepanjang perjalanan, antaranya:

a. kenangan silam waktu darjah 2 balik kampung. perjalanan dari menumbuk ke kota kinabalu betul2 mengimbau kembali kenangan lama sewaktu berada di darjah 2. suasana di sabah mengingatkan kenangan itu.

b. satu perkara menarik. apabila perbandingan sikap antara pemandu di labuan dan kota kinabalu dilakukan terdapat satu persamaan yang jelas. pemandu memandu pada kelajuan 40km sejam, tidak memasang lampu ketika hujan, berhenti (brake) kemudian baru memberi signal kiri atau kanan. bayangkan kejutan yang dialami.

c. keadaan jalan sepanjang perjalanan menumbuk ke kota kinabalu agak mencabar. hanya terdapat satu jalan utama, ini bermakna sekiranya terdapat lori yang lembap maka semakin panjanglah perjalanan anda.

d. pemandu di sini tiada inisiatif untuk memotong kenderaan di hadapan. agaknya tiada perkara penting yang perlu dikejarkan.. maka kebanyakan pemandu di sini memandu agak perlahan dan lembap.

e. kos membawa kereta menaiki feri ialah RM40 pergi balik, RM80. Cukai pendaratan RM15 pergi balik RM 30. Tiket penumpang ialah RM 5. Pemandu tidak dikenakan sebarang tiket.

f. sekiranya menaiki speed boat, penumpang dikenakan bayaran sebanyak RM 15.tiba di menumbok perlu mengambil bus express atau kereta sapu yang berharga RM35.

2. Melalui pemerhatian, boleh dikatakan bahawa sistem pengangkutan yang masih diamalkan menunjukkan ciri2 dunia ketiga. maka di manakah jambatan yang sepatutnya dibina bagi memudahkan rakyat bergerak dari pulau labuan ke tanah besar? jambatan yang sepatutnya sudah lama dibina untuk mengembangkan aktiviti ekonomi dan memberi kemudahan yang amat besar terhadap rakyat.

3. Perkhidmatan feri di pulau pinang, amat efisien dan teratur prosedurnya berbanding di sini. maka beruntungla rakyat malaysia yang duduk di semenanjung malaysia.

4. bestla hang cik farah, kalau nko tengok sistem kat sini, nko rasa macam hidup tahun 1960an. kesian rakyat di sini.dahla mahal tiket pergi balik..prosedur nak dapatkan boarding pas, nak que masuk feri pun jalan sempit, berebut dengan bus express dan keta prebet yang nak amik passenger...teruk juga keadaan kat sini... aku terkejut dengan suasana di sini.