Monday, July 6, 2009

Hobi

1. Hobi adalah satu elemen penting dalam kehidupan. Hobi juga merupakan refleksi karakter seseorang individu. Hobi mampu membantu individu meluahkan perasaan, minat dan buah fikiran dalam pelbagai bentuk dan saluran. Hobi juga mampu menjana sumber pendapatan sekiranya dilakukan dengan komitmen serta disiplin yang berterusan.

2. Ada antara kita mempunyai hobi atau kegemaran melakukan sesuatu. Ada juga antara kita yang mensia-siakan kehidupan tanpa ada hobi. Bagi penulis, hobi merupakan pelengkap dalam kehidupan seorang individu. Keseimbangan antara pekerjaan dan hobi dapat memberi impak yang positif terhadap karakter dan kehidupan seseorang.

3. Beberapa kenalan baru penulis disini mempunyai hobi yang bagus! Keinginan untuk mempelajari sesuatu kemahiran merupakan permulaan kewujudan hobi. Ilmu yang dicari ditambah dengan kesungguhan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.

4. Kemahiran dalam bidang masakan seperti membuat kek, atau kemahiran mengambil foto dalam bidang fotografi. Bersukan boleh juga dikatakan hobi yang dapat memberi impak positif terhadap fizikal dan mental individu. Bersukan sekiranya dilakukan secara konsisten dan disiplin dapat memberi impak secara langsung terhadap tahap kecerdasan dan kesihatan.

5. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya perlu seimbang dalam semua aspek. Pekerjaan, kehidupan, emosi dan fizikal. Masa yang diberi perlu dibahagikan dengan melakukan aktiviti yang memberi kesan secara holistik.

No comments: