Wednesday, July 22, 2009

berbelanja.

1. cuti semester telah bermula, maka semua ahli organisasi yang terlibat tidak melepaskan peluang pergi bercuti, berekpedisi, balik kampung dan ada juga yang tak kemana-mana.

2. cuti di bandar besar seperti subang jaya dan cuti di labuan mempunyai perbezaan yang ketara. di bandar besar anda dikelilingi dengan pelbagai ancaman berbelanja berbanding berada di pulau labuan yang tenang. pengaruh berbelanja sangat luas apabila berada di bandar besar. penduduknya diasak dengan pelbagai pengaruh siang dan malam. terlupa diantara garisan keperluan dan kemahuan.

3. ini tidak dapat dinafikan. kadang-kadang kita senang berada di bandar, dikelilingi dengan pelbagai kemudahan,pilihan dan perkhidmatan tanpa batasan. yang penting kuasa beli dan wang. apabila berada di pulau yang terbatas pilihan, kita sedar akan keterbatasannya. dan kita mampu mengawal kehendak dan kemahuan.

4. apabila sudah berbulan-bulan tinggal di pulau, kembali ke bandar besar..segala kemahuan dan kehendak yang tertahan dapat dihiburkan namun begitu, sampai satu ketika kita sedar ini semua hanyalah sementara. dan lebih menakjubkan lagi apabila kita tidak lagi teruja dengan apa yang ada di bandar besar.

5. teori ekonomi menggariskan antara keperluan dan kemahuan. teori maslow menyebut tentang self actualization di dalam piramid maslow. jadi dimanakah anda ketika ini?

6. perubahan suasana antara bandar dan pulau telah berjaya mengimunkan saya dalam bab berbelanja. sampai satu ketika, budaya berbelanja setiap kali pulang ke bandar besar telah luput. perasaan itu berjaya dikawal dan rasional berbelanja lebih dititikberatkan. adakah saya telah kehilangan nikmat berbelanja? pada saya ini semua adalah kematangan di dalam berbelanja.

7. berbelanja sakan di bandar, apabila pulang ke pulau, saya terfikir, untuk apakah saya berbelanja? berbelanja atas dasar memenuhi keperluan atau berbelanja atas dasar kemahuan yang tidak pernah surut? di hujung hari, saya mematikan kemahuan berbelanja dengan membandingkan orang lain yang tidak mampu untuk berbelanja demi memenuhi keperluannya. adakah saya telah rugi kerana melepaskan peluang berbelanja?

8. tidak. kerana berbelanja tidak pernah akan berhenti selagi kita hidup.hanya kita yang boleh menentukan sejauh manakah perbelanjaan perlu dilakukan. selamat berbelanja kepada kawan-kawan yang berada di bandar besar ketika ini.

No comments: