Wednesday, April 29, 2009
trip ke langkawi
1. percutian di langkawi bersama cik farah telah berjalan lancar dan boleh disimpulkan percutian di langkawi kali ini berjaya mencapai objektif antaranya:
1. berehat dan bersantai
2. bersembang update cerita terkini masing2
3. shopping skit
4. round pulau
2. melalui pemerhatian aku ada beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya anda ingin bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga, antaranya:
1. penginapan
sekiranya bercuti dipulau, adalah sangat menarik sekiranya anda mencari penginapan berdekatan dengan pantai.kalau bercuti di pulau, tak mandi laut tak lengkap rasanya. jadi menginap di pantai merupakan pilihan yang tepat,anda dapat mendengar bunyi ombak, berjalan di sepanjang pantai dan menikmati pemandangan di pantai adalah sangat menenangkan jiwa dan fikiran.
2. pengangkutan
menyewa kereta merupakan satu langkah yang bijak dan menjimatkan masa dan wang. saiz kereta terpulang kepada bilangan yang turut serta. apabila anda menyewa kereta anda boleh merancang perjalanan dan masa mengikut kesesuaian masing-masing, yang penting berbincanglah kemana mahu dituju
3. makan
makan ni subjektif. selagi nama malaysia, tiada masalah makan akan timbul. maka bersyukurlah anda yang tinggal di semenanjung malaysia, banyak pilihan dan tempat untuk mencari makan. so makan tidak menjadi isu besar apabila bercuti di pulau langkawi. cuma harga yang dikenakan agak mahal dari biasa...jadi survey lah harga sebelum makan di sesebuah restoran atau gerai...takut terkejut bila nak bayar bil..
4. shopping
rancanglah aktiviti shopping dengan bijak dan berhemah..shopping bagi aku mengikut keperluan bukan mengikut nafsu...shopping ni kalau tidak dilakukan dengan bijak dan berhemah akan membazir..jadi pandai2lah set priorities pada barang yang mahu dibeli..window shopping dulu, baru shopping. jangan sesekali anda mengamalkan impulse buying...ini akan menambahkan perbelanjaan tanpa sedar
5. peta
peta merupakan elemen penting apabila bercuti di pulau...rujuklah kepada peta dan anda boleh merancang perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain...banyak tempat menarik boleh dikunjungi...bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan..selain daripada itu, peta boleh membantu anda mengenalpasti jarak dan lokasi sesuatu tempat..peta ada yang free dan ada yang perlu dibayar...jadi pandai2lah dapatkan peta free..
3. percutian kali ini aku kurang mengambil gambar..kenapa? tak puas la ambil gambar guna digital kamera yang kecil ni...sudah sampai masanya aku bertukar kamera kot..
4. banyak masa dihabiskan bersembang dan mengupdate cerita, so i am really happy and satisfied..banyak perkara telah dibincangkan dan bertukar pandangan..cik farah masih seperti dulu...bercakap, mendengar dan memahami...terima kasih cik farah!
5. kesimpulannya...pergilah bercuti, di malaysia semuanya ada. sometimes we need a break from our routine. spoil yourself, have fun...and enjoy the moment!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Wah2 cik lin dah update, aku je bz 2 3 hari n...
Sakit kepala dah 2 hari tak tidur petang!!!!!!!!!!!!!
desenfado,
thanks..
cik farah,
aku kan cuti..tak patutla tak update..aperciter bowling?
erm...
lin, desenfado tu rasenye spam kut...
ko ye-ye la layan...
kalau aku, aku delete je...
oo ye ke,tu aku macam confused..apehal mamat ni
Post a Comment