Thursday, April 9, 2009

semalam, hari ini dan esok

1. today is another long day to go through...Taklimat ISO. aku pun tak tahula macam mana..betapa banyak maklumat yang perlu diserap oleh kepala otak aku..kalau kat sekolah tak kisah pasal iso..yang penting program jalan, latihan dibuat setiap petang, masuk pertandingan, menang kalah belakang cerita..mengajar dan buat kerja2 lain...enjoy saja kerja di sekolah...kat sini enjoy dia lain skit..

2. semalam mentor mentee...taklimat lagi...kat sekolah mentor mentee macam mana? jalan tak? ke awal tahun saja?...kat sini mentor mentee pensyarah dengan pelajar, pensyarah dengan pensyarah. yang tak best mentor mentee pensyarah dengan pelajar, kita tak dapat pelajar kita sebab mentee dibahagikan secara rawak dan bilangan yang sama. padahal in term of quality wise, baikla kita dapat mentee dari kalangan kumpulan tutorial yang kita ajar..bagi aku lah...tapi kat sini...tak la pulak begitu...yang paling tak bestnya apabila minggu pendaftaran pelajar baru nanti, kena handle budak2 buat ldk..inilah yang paling membosankan..tahap nak berkenalan ni memang boring skit..

3. esok lagi best ada taklimat peperiksaan..another long day to go...

4. nama pun tempat baru, maka banyaklah perkara yang perlu dipelajari dan difahami. proses mengadaptasi akan mengambil masa. tak boleh selesai dalam waktu yang singkat. macam cik farah kata, kadang2 menyesal pindah dari 24, but this is life. changes are very important.under some circumstances people have to change in order to survive.along the way, we kept some of the moments to be great memories and one of them is friend you met.

5. .......feeling la pulak...tetiba...huh!

7 comments:

CIK FARAH said...

Sabar cik lin... aku pun kat sini penuh dgn kepayahan.. kdg aku pelik berada dalam sati sistem yg sama kenapa budayanya berbeza?
Bila pindah ni kita terpaksa belajar semula semua yg kita dah lalui tu yg kdg menyesal pindah tu... Bayangkan selama 4 tahun kita buat kerja berdasarkan satu aliran/budaya yang diamalkan di sesebuah institusi so bila kita berpindah tmpt apa yg kita amalkan tu terpaksa kita simpan or buang kerana aliran/budaya itu kerana tmpt baru ni totally berbeza dari tempat lama N kita perlu belajar dari A semula. Bagi aku lebih baik jadi guru yg baru posting daripada guru yg berpindah kerana wpun ada pengalaman kita akan byk lakukan kesilapan kerana masih terikut dgn budaya lama yg diamalkan.. Kita memerlukan masa yg lebih lama dari guru yg baru posting untuk belajar budaya baru..

Linda said...

pada pandangan aku, apabila aku masuk sistem matrikulasi, kami akan membuat kerja berdasarkan ISO. Apabila ini distandardisekan di semua kolej matriks, so cara kerja sepatutnya sama walaupun kita berpindah ke matriks yang lain.

cuma sekarang bergantung ke atas ketua jabatan@pengarah matrik, keberkesanan implementasi ISO dalm semua aspek berlaku atau tidak.

macam kat sekolah, memang kerja berdasarkan kebiasaan di suatu tempat, bukan berdasarkan Arahan pentadbiran. maka guru yang berpindah memang akan mengalami apa yang nko alami.

sabaq na..kalau nak melawan arus takut kita yang lemas cik farah.

Ahmad Tamizi said...

Tak rugi kita belajar cepat jadi professsor sikit kan... bersabar yeh akan datang satu yang paling kepada mu

chekgu Bani Hassim said...

sekali dah melangkah, teruskan je laa...
jauh perjalanan, luas permandangan..

ini jalan yg ko pilih kan? just go on je...

Muslimahsolehah said...

first time hani tgk cik lin pun feeling smacam jer...anyway..teruskan perjuangan walau di mana pun kiter...

Linda said...

macam mana tak feeling, lama sangat duk kat pulau...jauh dari pembangunan, kegiatan ekonomi dan kawan2 ..huh

CIK FARAH said...

Betul2 cik lin sekurang2nya aku ada gak menjenguk tanah besar mcm ko kat pulau tu je... cuma yg sakitnya aku dah tak de kwn nak MERONGGENG!!! Dah lama tak meronggeng mcm dulu....