Monday, April 13, 2009

peperiksaan semester

1. hari ini hari pertama peperiksaan, so aku telah ditempatkan di pusat f, lokasi pusat sumber. ok la...sejuk ada aircond. bukan di bilik tutorial, satu orang satu bilik jaga...so boring..

2. peperiksaan akhir berjalan 4 hari seminggu, hari rabu cuti. satu hari 2 kertas, pagi petang. jadi pengawas senang jer kerjanya, edar kertas soalan, booklet jawapan, semak kehadiran, check matric card and mykad, pastuh kutip balik kertas soalan. bungkus membungkus, ketua peperiksaan dan timbalan ketua peperiksaan. so pengawas kerja yang paling senang.

3. pusat ini ada seorang calon keperluan khas, pelajar menghidapi penyakit parkinson, so calon diberi extra masa 20 minit berbanding calon lain. dia ada masalah terketar2, so tulis pun lambat skit...tapi tak memberi masalah yang besar. tunggu saja bah!

4. kiranya bila aku menjaga peperiksaan ini, aku pun terkenang sewaktu aku bertugas bersama abang besaq ketika menjaga xm icsa di pj dulu. kerjanya sama saja, cuma calon, kertas dan lokasi saja yang berbeza. bayaran lebih kurang..lumayan juga la berbanding jaga upsr atau spm atau muet.

5. ada 4 hari lagi sebelum aku balik ke malaya, lambat betul masa berjalan...

3 comments:

Faris Ibrahim said...

Ape perasaan anda menjadi pengawas peperiksaan??
Best x?

OG said...

menjaga atau menyelia peperiksaan adalah `amanah'...dan jangan dilihat dalam konteks `sumber pendapatan'!
...bebaskan minda dari `budaya mereka..' jangan nanti dalam gurauan ada yang terasa kerana tersilap mentafsir makna! manusia ini tidak serupa dan pelbagai perspektif pemikirannya. karier yang sama belum pasti mengongsi makna yang sama!

Linda said...

lega, ada kerja nak buat...last week study week, meeting manjang, minggu ni syokla ada keja nak buat.