Thursday, April 30, 2009

hari pekerja

1. selamat berehat bagi semua pekerja di seluruh malaysia.

2. malam ni sekiranya tiada aral melintang, aku akan berlepas ke cameron highlands. balik kampung. jumpa orang kampung.

3.kepada kawan2 bloggers, selamat bercuti.

tea time

1.hujan dan traffic jam terpaksa aku redah demi memenuhi jemputan minum petang daripada kawan2..heheh..bukan jauh sangat pun tetapi kerana hujan dan keadaan trafik, maka aku pun terlewat sedikit.

2. sebenarnya ini kali pertama aku minum petang bersama hazren. kali kedua bersama hani dan shadi. agak janggal pada mulanya tapi semuanya berjalan lancar.tak de la end up senyap..boleh berkomunikasi kerana mengongsi beberapa perkara.

3. cuma bezanya dulu dengan cik farah, kak lin dan kak fidah. kawan lama dan kawan baru.kawan ni macam-macam. ada yang sesuai ada yang kureng skit.untuk mengenali kawan aktiviti makan2 perlu diadakan. kerana melalui perbualan kita boleh mengetahui serba sedikit latarbelakang atau profile seseorang.

4. bersembang atau berbincang mengenai sesuatu isu boleh memberi gambaran awal mengenai seseorang..it takes time to really know a person..and you may discover whether this person suits you o not..some people are meant to be friend, and some acquaintance,some colleague or associate..well it depends on you

5. friend according to merriam-webster online dictionary;a person who has a strong liking for and trust in another..really close friends who like to do everything together and are always sharing secrets..

6. bak kata orang putih;

"Wine improves with age - I like it the older I get."
Anonymous





Wednesday, April 29, 2009

langkawi-penang





















































































1. leaving langkawi to penang was not so fun. we were leaving by ferry. children were crying and shouting during the journey. so you can imagine how difficult and annoying the situation is. but then, ignorance is bliss...

2. it was my turn to drive back to penang..so i drove. it was ermm...scarry at first but when you are getting used with the road and car...the driving turns out to be smooth...heheh...driving in penang is different compared to driving in labuan.. you will experience the differences..here people speed..really speed...but in labuan...people take their time..

3. farah brought me to several places to have some good food, laksa at kuala kechai, pulut sambal is nice,mee udang at teluk kumbar..the thing that i will miss most is having good food with great company when i left for labuan...you guys are very lucky to live in peninsular malaysia!

4. i spent the whole day resting at farah's place. your aunties are kind..thank you very much for their hospitality. ..

5. i had wonderful holiday,great company,good food..and im looking forward to have another trip...well...cik farah, we managed this time, we ll do it for good next time eh..

trip ke langkawi

















































1. percutian di langkawi bersama cik farah telah berjalan lancar dan boleh disimpulkan percutian di langkawi kali ini berjaya mencapai objektif antaranya:

1. berehat dan bersantai
2. bersembang update cerita terkini masing2
3. shopping skit
4. round pulau

2. melalui pemerhatian aku ada beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya anda ingin bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga, antaranya:

1. penginapan
sekiranya bercuti dipulau, adalah sangat menarik sekiranya anda mencari penginapan berdekatan dengan pantai.kalau bercuti di pulau, tak mandi laut tak lengkap rasanya. jadi menginap di pantai merupakan pilihan yang tepat,anda dapat mendengar bunyi ombak, berjalan di sepanjang pantai dan menikmati pemandangan di pantai adalah sangat menenangkan jiwa dan fikiran.

2. pengangkutan
menyewa kereta merupakan satu langkah yang bijak dan menjimatkan masa dan wang. saiz kereta terpulang kepada bilangan yang turut serta. apabila anda menyewa kereta anda boleh merancang perjalanan dan masa mengikut kesesuaian masing-masing, yang penting berbincanglah kemana mahu dituju

3. makan
makan ni subjektif. selagi nama malaysia, tiada masalah makan akan timbul. maka bersyukurlah anda yang tinggal di semenanjung malaysia, banyak pilihan dan tempat untuk mencari makan. so makan tidak menjadi isu besar apabila bercuti di pulau langkawi. cuma harga yang dikenakan agak mahal dari biasa...jadi survey lah harga sebelum makan di sesebuah restoran atau gerai...takut terkejut bila nak bayar bil..

4. shopping
rancanglah aktiviti shopping dengan bijak dan berhemah..shopping bagi aku mengikut keperluan bukan mengikut nafsu...shopping ni kalau tidak dilakukan dengan bijak dan berhemah akan membazir..jadi pandai2lah set priorities pada barang yang mahu dibeli..window shopping dulu, baru shopping. jangan sesekali anda mengamalkan impulse buying...ini akan menambahkan perbelanjaan tanpa sedar

5. peta
peta merupakan elemen penting apabila bercuti di pulau...rujuklah kepada peta dan anda boleh merancang perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain...banyak tempat menarik boleh dikunjungi...bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan..selain daripada itu, peta boleh membantu anda mengenalpasti jarak dan lokasi sesuatu tempat..peta ada yang free dan ada yang perlu dibayar...jadi pandai2lah dapatkan peta free..


3. percutian kali ini aku kurang mengambil gambar..kenapa? tak puas la ambil gambar guna digital kamera yang kecil ni...sudah sampai masanya aku bertukar kamera kot..

4. banyak masa dihabiskan bersembang dan mengupdate cerita, so i am really happy and satisfied..banyak perkara telah dibincangkan dan bertukar pandangan..cik farah masih seperti dulu...bercakap, mendengar dan memahami...terima kasih cik farah!

5. kesimpulannya...pergilah bercuti, di malaysia semuanya ada. sometimes we need a break from our routine. spoil yourself, have fun...and enjoy the moment!

Thursday, April 23, 2009

pay day

1. hari ini hari untuk semua pegawai kerajaan melangsaikan bil dan hutang. ini bermakna semua atm machine akan penuh dan panjang. so untuk mengelakkan daripada terjebak di dalam barisan yang panjang, gunakanlah akses internet dan lakukan transaksi anda secara online.

2. banyak kelebihan akan diperoleh apabila melakukan transaksi secara online, masa, keselamatan, tenaga dan kos untuk bergerak dapat dijimatkan. banyak pilihan pada hari ini, maka anda wajar mengambil langkah yang bijak dalam pengendalian urusan kewangan secara bulanan ini.

3. hari ini juga merupakan hari terakhir aku di sini sebelum terbang ke langkawi esok pagi untuk bercuti. percutian kali ini hanya melibatkan aku dan cik farah. kos adalah dibawah tanggungan sendiri. kalau ada sponsorship memang la best, atau kalau lebih ramai juga pasti lebih menarik tetapi tak per, banyak masa lagi dan percutian seterusnya boleh dirancang dengan lebih kemas lagi.

4. pesanan kepada kawan-kawan blogger, silalah respond kepada tag yang dicadangkan oleh chekgu banihassim. aku pun nak tau juga apa pandangan nkorang sume terhadap aku..hheheh...macam nak muhasabah diri la pula...mata manusia ini berbeza-beza jadi pandangan pun tak sama...

5. selamat menjalankan tugas dan selamat berjuang pada rakan2 di 24 ahad ini.. hari isnin buatlah laporan masuk dalam blog masing-masing ok...nak juga tau apa perkembangan hari sukan...

have a good day people!

Wednesday, April 22, 2009

tag sedi73

10 perkara mengenai sedi 73

1. dia cikgu senior kat 24
2. dia consider abang besaq bagi kami yang muda2 ni
3. dia otai kat padang 24, jurulatih bola yang committed
4. dia ni ada angin..kalau angin ok..semua ok..kalau angin tak ok datang, paham2 je la..
5. dia pandai cari duit..hehhe...senang nak belanja kami makan...
6. dia suka gak p jalan2 cari makan..
7. dia cikgu kesayangan mama jem
8. dia cikgu tahun 6 yang popular
9. dia garang tapi baik hati
10. dia macho jugak, tapi perut nak kena jaga la...kalau tak..


no hard feeling ok...heheh....ini ikhlas yeaa..

tag princess damia

10 perkara tentang princess damia:

1. dia cikgu paling vogue kat 24
2. dia memang lawa dan manis orangnya...kalau tak tahan boleh jatuh cinta
3. dia bukan orang suka menyibuk2...buat hal sendiri saja
4. dia selalu kena kacau dengan cikgu2 laki..
5. dia seorang yg kreatif dan pandai menghias
6. dia ada anak yg sihat2..pandai jaga anak ni
7. dia pandai masak..sedap makanan yg dia masak
8. dia punya working attire selalu sesuai..pandai memilih warna dan material ..akak suka.
9. dia seorang yang penyabar
10. dia memang vogue ok!


hi shadi...update la blog...bila nak makan2 kat umah nko...hehhe...nko pandai masak..

tag ibn hajar

10 perkara mengenai ibn hajar:

1. dia ustaz kat 24
2. dia ustaz paling cute (nak tulis jambu karang orang salah paham pulak, ini pendapat saya ok) putih, hidung mancung, bibir pink..ensem la juga
3. dia seorang yang cool dan tenang
4. dia susah nak marah, tapi kalau dah naik angin..merah padam muka dia
5. dia seorang yang dedicated, committed dan workaholic
6. dia kalau bercakap bukan jenis yang merapu2...akak respect dengan dia
7. dia bukan typical ustaz ..(ini compliment utk ustaz)
8. suara dia mengaji baca yasin memang sedap
9. dia baca doa pun memberi kesan telinga yang mendengar
10.dia sporting


keep up the good work ustaz! update blog selalu yea...banyak info menarik..

tag cik farah

10 perkara mengenai cik farah:

1. dia kaunselor
2. dia orang penang
3. dia perempuan yg survival..tak kisahla...duk mane pun boleh hidup punya.
4. dia mulut laser (bertempat) dan mempunyai volume yg agak tinggi so dari jauh hang dah tau cik farah around.
5. dia suka bercakap dan banyak cerita,friendly gila..kalau dah kenal..
6. jgn cari pasal dgn dia, sebab kalau dia tak suka dgn seseorang, susah nak baik balik
7. dia nampak kasar tapi tetap ada perasaan macam manusia biasa
8. dia tak kedekut
9. dia suka kek pisang secret recipe
10. dia comel



aku buat awal2, sebab aku tengah free gila...so..giliran hang cik farah ok...

tag muslimah solehah

10 perkara tentang orang yang tag bjorx (muslimah solehah):

1. dia cikgu sains kat 24
2. dia emcee perempuan paling popular di 24
3. dia punya station kat science lab
4. physically dia seorang yg fragile n vulnerable tapi dalaman sangat tabah dan kuat.
5. dia memang jenis lemah lembut, soft spoken dan akak jadi segan bila duk lama2 dgn dia.
6. dia akan meninggalkan 24
7. dia ni jiwanya sensitif kot..
8. blog dia memang jiwang..boleh layan feeling..
9. dia byk follower, so jgn main2 sama dia..
10.dia sweet.


hani, selamat berkenalan...hehhehe...

Tuesday, April 21, 2009

tag chekgu banihassim

10 perkara tentang orang yg TAG bjorx:

1. dia cikgu kat 24
2. dia macam rajin, dedicated and committed buat kerja
3. dia punya blog interesting
4. dia ni mulut boleh tahan laser jugak, tapi tak kisahla sebab orang mulut laser ni memang best
5. dia macam tak de awek, tapi aku rasa dia buat senyap jer nak cover
6. dia ni sporting skit layan akak2 walaupun aku tak kenal dia dengan dekat
7. dia penglipurlara kat 24
8. dia pengganti adik abang besaq yang dah berhijrah (kan cik farah, dia ni ganti kitala layan abang besaq)
9. dia ni cute juga cuma kena jaga makan biar tak makin lebar.hehe..
10.dia ok


10 perkara tentang diri bjorx:

1. aku suka baca buku, tak kisahla ape jenis buku, dari yang ilmiah sehingga yang tak ilmiah
2. aku suka photography, la ni aku tengah gila slr digital camera, aku nak beli nikon d90 tahun ni..sape2 tau ade orang nak let go body nikon d90, inform kat aku...second hand pun aku tak kisah.
3. aku suka travel, tak kisahla dalam malaysia ke luar ke..janji g jalan
4. aku suka exercise, aerobic ke, berenang ke...apape exercise untuk memaintainkan kesihatan dan body...akak memang suka!
5. aku suka hot tea, coffee, chocolate and good food
6. aku suka mendengar daripada bercakap
7. aku suka 'changes' for me life is more interesting when changes come. life will develop and be more dynamic
8. aku suka gi makan dan lepak dengan kawan2..
9. aku tak pandai nak membodek
10. aku suka bekerja dan orang suka ambil kesempatan mengkulibatakkan aku buat keja..

1. Letakkan gambar profile anda.









2. Terangkan apa maksud gambar itu?
itu gambar aku la..inilah wajah sebenar akak..


3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?
gambar ni paling cool..so aku letak gambar ni.


4. Tag 5 lagi blogger
aku nak 6...tak kira..

1. cik farah
2. chekgu banihassim
3. princess damia
4. muslimah solehah
5. ibn hajar
6. sedi73



adakah aku telah menjawab tag mengikut spesifikasi yang ditetapkan?
kalau ada apape kemusykilan sila panjangkan, aku akan cuba menjawab.
terima kasih.

Friday, April 17, 2009

esok balik

1. gembiranya hatiku hari ini, kerana esok i balik kampung. heheheh....mengalahkan hari raya...rindu kat kampung halaman...kalau dulu duduk di shah alam tak de perasaan rindu nak balik mana-mana pun..kena duk pulau, haa...rasakan!

2. hari ini, hari terakhir peperiksaan, maka bergembiralah semua rakyat kml.

3. cik farah, kita berjumpa 24 april ni.

4. shadi, hani, k lin, hazren, abang besaq, ustaz, k shidah n k mira, kita jumpa minggu depan yea.

5. have a good day people!

Tuesday, April 14, 2009

kawan

1. kawan merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. dan kawan ini ada bermacam-macam jenis. ada yang sporting, ada yang cool ada yang sempoi atau dalam erti kata lain, ngam la dengan diri anda. tetapi ada juga kawan-kawan yang lain skit daripada anda. ini antara kawan-kawan yang mempunyai karakter yang berbeza daripada kita.

2. apabila anda pergi ke suatu tempat, pasti anda akan berjumpa dengan beberapa kawan baru yang mungkin akan 1. menjadi rapat dengan anda 2. langsung tak ngam, so baik elakkan diri daripada bergaduh. bagi aku polisi berkawan ini senang sahaja, kalau selesa berkawan kita akan menjadi diri kita yang sebenar, tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain.

3. bilangan kawan tidak penting, yang penting kualiti kawan. bagi i la. i tak taula you all punya pandangan macam mana. bagi i, profil kawan sangat penting, kerana daripada profile seseorang anda boleh mendapatkan gambaran awal mengenai cara seseorang berfikir dan pengalaman hidupnya.

4. kawan untuk mendengar dan bertukar buah fikiran jarang dijumpai. kalau jumpa pun, tak ramai...jadi apabila anda berjumpa dengan kawan yang boleh mendengar, memberi buah fikiran, memberi pandangan...hargailah kehadirannya. tak semua orang boleh mendengar, ada orang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mendengar. ramai orang boleh bercakap, tapi hanya segelintir sahaja yang boleh menganalisis dan memberi pandangan atau penyelesaian/cadangan terhadap sesuatu isu.

5. apabila anda boleh duduk semeja, berjalan bersama, tinggal bersama...anda boleh kenali the truth colour of a person. nah....disitu anda akan berjumpa samada dia sesuai atau tidak menjadi kawan anda.

Monday, April 13, 2009

peperiksaan semester

1. hari ini hari pertama peperiksaan, so aku telah ditempatkan di pusat f, lokasi pusat sumber. ok la...sejuk ada aircond. bukan di bilik tutorial, satu orang satu bilik jaga...so boring..

2. peperiksaan akhir berjalan 4 hari seminggu, hari rabu cuti. satu hari 2 kertas, pagi petang. jadi pengawas senang jer kerjanya, edar kertas soalan, booklet jawapan, semak kehadiran, check matric card and mykad, pastuh kutip balik kertas soalan. bungkus membungkus, ketua peperiksaan dan timbalan ketua peperiksaan. so pengawas kerja yang paling senang.

3. pusat ini ada seorang calon keperluan khas, pelajar menghidapi penyakit parkinson, so calon diberi extra masa 20 minit berbanding calon lain. dia ada masalah terketar2, so tulis pun lambat skit...tapi tak memberi masalah yang besar. tunggu saja bah!

4. kiranya bila aku menjaga peperiksaan ini, aku pun terkenang sewaktu aku bertugas bersama abang besaq ketika menjaga xm icsa di pj dulu. kerjanya sama saja, cuma calon, kertas dan lokasi saja yang berbeza. bayaran lebih kurang..lumayan juga la berbanding jaga upsr atau spm atau muet.

5. ada 4 hari lagi sebelum aku balik ke malaya, lambat betul masa berjalan...

Thursday, April 9, 2009

semalam, hari ini dan esok

1. today is another long day to go through...Taklimat ISO. aku pun tak tahula macam mana..betapa banyak maklumat yang perlu diserap oleh kepala otak aku..kalau kat sekolah tak kisah pasal iso..yang penting program jalan, latihan dibuat setiap petang, masuk pertandingan, menang kalah belakang cerita..mengajar dan buat kerja2 lain...enjoy saja kerja di sekolah...kat sini enjoy dia lain skit..

2. semalam mentor mentee...taklimat lagi...kat sekolah mentor mentee macam mana? jalan tak? ke awal tahun saja?...kat sini mentor mentee pensyarah dengan pelajar, pensyarah dengan pensyarah. yang tak best mentor mentee pensyarah dengan pelajar, kita tak dapat pelajar kita sebab mentee dibahagikan secara rawak dan bilangan yang sama. padahal in term of quality wise, baikla kita dapat mentee dari kalangan kumpulan tutorial yang kita ajar..bagi aku lah...tapi kat sini...tak la pulak begitu...yang paling tak bestnya apabila minggu pendaftaran pelajar baru nanti, kena handle budak2 buat ldk..inilah yang paling membosankan..tahap nak berkenalan ni memang boring skit..

3. esok lagi best ada taklimat peperiksaan..another long day to go...

4. nama pun tempat baru, maka banyaklah perkara yang perlu dipelajari dan difahami. proses mengadaptasi akan mengambil masa. tak boleh selesai dalam waktu yang singkat. macam cik farah kata, kadang2 menyesal pindah dari 24, but this is life. changes are very important.under some circumstances people have to change in order to survive.along the way, we kept some of the moments to be great memories and one of them is friend you met.

5. .......feeling la pulak...tetiba...huh!

Tuesday, April 7, 2009

mesyuarat

1. hari ni hari yang paling panjang.. ada 4 mesyuarat perlu aku hadiri.
a) 9.30 pagi mesyuarat minggu pengurusan pendaftaran pelajar baru program satu tahun sesi 2009/2010. bulan 5 ni sem baru bermula, maka budak baru daftar masuk...so banyakla perkara yang perlu diuruskan. seminggu orientasi..pastu majlis perasmian penutupan..aku jawatankuasa protokol tetap dan berpencen katanya.

b)1.30 petang mesyuarat jawatankuasa kerja KAKOM 2009. KML juara 3 tahun berturut dalam KAKOM ni...so aku pun nak turut serta dan mengetahui dengan lebih mendalam kehebatan KML...3 tahun beb juara...satu malaya...ape rahsianya? tugas aku menguruskan tiket pelajar dan pensyarah serta pengurus pasukan bola tampar..katanya...macam ada sumpahan la pula dengan bola tampar ni...sejak dari sekolah lagi..hhuhu..

c)2.30 petang mesyuarat jabatan sastera dan ikhtisas.ini aku bertugas mencatat minit.

d) 3.30 petang mesyuarat jawatankuasa jadual waktu...aku rasa aku dah terkena badi buat jadual waktu masa kat sekolah...sampai sini pun terjebak juga dengan jadual waktu.tapi kat sini jadual waktu orang dari jabatan matematik dan sain yang buat so sistematik la...depa buat semua...aku bagi maklumat dan data saja mengenai unit aku...then semak la..kot2 ada clash dengan kelas lain..yang penting kena fight lokasi kuliah, dewan kuliah yang penting!


2. minggu ni minggu mesyuarat. minggu depan minggu exam. minggu lagi satu aku bersantai di langkawi dengan cik farah! lamanya....cuti ...bilala nak cuti...aku nak balik!

Thursday, April 2, 2009

khamis

1. hari ini hari terakhir p&p untuk semester ini. minggu hadapan adalah study week. ini bermakna minggu hadapan tiada p&p dan semua pensyarah perlu berada di pejabat untuk bertemu dengan pelajar sekiranya memerlukan tunjuk ajar sebelum menduduki peperiksaan.

2. bagi aku pulak, subjek dinamika kemahiran ialah subjek wajib tiada peperiksaan maka tiada pelajar yang akan datang berjumpa aku la tu maknanya..so next week memang minggu yang panjang sebelum xm.

3. menjaga xm disini dibayar so tak kisahlah kalau kena jaga xm. alah macam kita jaga xm icsa cik farah...depa bayarkan. so kat matrik pun sama juga. cuma depa pakai pensyarah tak perlu ambil orang luar. seminggu jaga dapatla dalam 2 3 ratus rm.

4. minggu depan potluck depa buat nasi lemak(macam tak de menu lain) so aku kena goreng kacang ja. makanan lain aku pun tak pasti lagi.tapi tak boleh lawan potluck kat 24, laksa johor kak yati, caramel kak bibi, laksa penang cik farah, spagetti shadi..uhh...sedapnya.

5. asyik ingat makan ja...aish...tak boleh begini bah! gumuk nanti ..nkorang tak buat potluck ka?