Melalui perbincangan di antara guru pelatih dan pihak pentadbir serta penyelaras bilik Akses, guru pelatih ditugaskan di bilik Akses. Guru pelatih mengendalikan beberapa kelas di dalam bilik Akses. Pelajar didedahkan dengan kemahiran asas Microsoft Word dan pengenalan asas mengenai sistem komputer. Guru pelatih membantu murid melaksanakan tugasan ringkas menggunakan Microsoft Word.
Guru pelatih menggunakan pendekatan pair teaching dan collaborative learning approach di dalam bilik Akses. Seorang guru pelatih membimbing beberapa kumpulan kecil pelajar ekoran daripada bilangan komputer yang tidak selari dengan bilangan murid. Ekoran daripada ruang yang terhad berbanding dengan bilangan murid yang besar, guru pelatih mendapat latihan secara terus untuk mengendalikan kelas berbantukan komputer serta meningkatkan kemahiran dalam pengawalan kelas dan pengurusan masa.
Di samping itu, guru pelatih turut membantu guru-guru yang menjalankan P&P di dalam bilik Akses. Pada waktu yang sama, guru pelatih mengutip data dan maklumat mengenai sekolah untuk menghasilkan video korporat sekolah.
Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment