P&P dapat dijalankan namun begitu modul Microsoft Word tidak dapat dihabiskan. Beberapa masalah teknikal timbul. Antaranya berlaku litar pintas di dalam bilik Akses. Komputer tidak boleh berfungsi. Ini bermakna guru pelatih menyediakan bahan rujukan di dalam bentuk softcopy dan dimasukkan ke dalam komputer di bilik Akses. Bahan ini akan menjadi bahan rujukan kepada pelajar untuk meneruskan modul Microsoft Word secara berdikari.
Penyelaras bilik Akses dan guru kelas boleh meneruskan P&P dan menggunakan modul ini sebagai bahan pengajaran. Namun begitu, tugasan murid dapat juga dicetak apabila masalah lintara pintas diatasi. Tugasan murid adalah dokumen penting untuk dimuatkan di dalam portfolio sebagai bahan dan hasil P&P yang dijalankan oleh guru pelatih. Video korporat sekolah dalam bentuk cakera padat juga telah dihasilkan dan diserahkan kepada pihak sekolah. Guru pelatih mengucapkan penghargaan terhadap pihak pentadbir dan guru-guru yang banyak memberi kerjasama.
Thursday, September 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment