1. Ramadhan datang lagi. kali ini berpuasa di pulau. tahun ini berpuasa sendiri di pulau. jauh dari keluarga dan sahabat. puasa tahun ini seharusnya membawa erti yang berbeza.
2. apabila kita berjauhan dari orang yang disayangi banyak perkara boleh berlaku. kepercayaan yang diberi perlu diamati. ada antara kita mengambil mudah sesetengah perkara. ada juga yang mengambil kesempatan. terpulang kepada seseorang menafsir sesuatu perkara.
3. apabila kesabaran diuji berkali-kali, mungkin tahap kesabaran semakin menebal atau mungkin kesabaran manusia boleh hilang sekelip mata. kesabaran manusia mempunyai beberapa tahap yang boleh dicapai dan juga tidak tercapai. apa akan berlaku sekiranya seorang manusia telah hilang kesabaran?
4. ada diantara kita terlalu lapar akan kebenaran. persoalannya adakah anda bersedia mengetahui tentang sesuatu kebenaran yang dicari. berbaloikah pencarian ke atas kebenaran? sekiranya benar ada kebenaran atau hanyalah prasangka yang melewati fikiran? prasangka. percayalah prasangka manusia mampu merubah sesuatu keadaan.
5.perubahan akan berlaku. itu yang pasti. hanya masa yang bakal menentukan apa akan berlaku kepada manusia yang telah hilang kesabarannya, yang berprasangka, yang mencari kebenaran, yang mencari jawapan.
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
erm...
mcm ade yg tak puas hati jea...
selamat berpuasa di pulau... :)
Allah melindungi mu.. Amin.
Post a Comment