Thursday, May 7, 2009

manusia

1. hari ini aku nak menulis mengenai manusia. manusia ialah sejenis makhluk yang dikurniakan akal hidup di muka bumi. bezanya manusia dengan manusia yang lain ialah cara pemikirannya dan siapa kawan-kawannya.

2. apabila merujuk kepada siapa kawan-kawannya secara tidak langsung kita boleh melihat siapakah manusia itu. ini keranan kawan-kawan merupakan refleksi diri seseorang. proses mengenali seseorang manusia bergantung kepada individu. ada yang senang dikenali ada yang kompleks.

3. cara pemikiran seseorang akan mempengaruhi dengan siapa seseorang itu berkawan. sekiranya tidak ngam, mana mungkin dua insan boleh menjadi kawan.

isu: mak nyah / pondan

profile 1:
akhir 20an
lulusan universiti/institut
berkahwin
bekerja di organisasi A sejurus lepas grad
tinggal di kawasan bandar

mak nyah? itu masalah sosial. i tak masuk campur. jaga diri sendiri sudahlah.

profile 2:
akhir 20an
lulusan institut/universiti
bujang
bekerja di organisasi A sejursan lepas grad
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...hmmm...dalam dunia ni ada lelaki dan perempuan sahaja.

profile 3:
awal 30an
lulusan universiti/institut
berkahwin
bekerja di organisasi A selepas beberapa tahun bekerja di organisasi B
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...manusia biasa....macam kita juga.

profile 4:
awal 30an
lulusan institut/universiti
bujang
bekerja di organisasi A sejurus lepas grad
tinggal di bandar

mak nyah...ada yang ok, ada yang ko, so pandai2lah...berkawan dengan mak nyah

profile 5:
awal 40an
tiada kelulusan universiti
berkahwin
bekerja di organisasi A selepas SPM
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...ish...nauzubillah...simpang malaikat 44..

4. pemikiran manusia sangat kompleks. apakah yang mempengaruhi pemikiran manusia? latarbelakang dirinya atau latarbelakang tempat tinggalnya atau latarbelakang tempat bekerja atau latarbelakang pendidikannya atau latarbelakang kawan-kawannya? adakah media di sekelilingnya yang mempengaruhi pemikiran manusia atau apa?

bersambung...

1 comment:

chekgu Bani Hassim said...

sentimen dan nilai dalam diri la yang membezakan semuanya...
dan maybe exposure dgn ambience cemtu...