Sunday, May 3, 2009

cameron highlands II

1. suasana di tanah tinggi agak sejuk dan berangin. ekoran hujan yang berterusan, tanah runtuh telah berlaku di beberapa tempat. perjalanan pulang agak lembap ekoran kejadian tanah runtuh.

2.cameron highlands masih seperti dulu. cuacanya sejuk dan nyaman. bilangan pengunjung pada hujung minggu bertambah. banyak hotel jadi tiada masalah penginapan. yang penting sediakan saja duitnya...banyak pilihan hotel atau motel disini so terpulang pada bajet.

3. makan pun tiada masalah banyak restoran dan gerai.

4. cuma satu perkara yang tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang ialah sampah. sampah bertambah banyak dan tidak terurus. sakit mata apabila melihat sampah bersepah dan bertaburan di tempat awam. tak tau la nak cakap macam mana, samada rakyat malaysia ni pengotor atau pun pihak berkenaan yang menguruskan sampah tidak efficient. masalah sampah di malaysia perkara lama. isu yang sering diketengahkan namun tidak pernah ada keputusan atau tindakan yang mantap untuk menyelesaikan masalah sampah.

5. tak kiralah di cameron highlands atau di mana pun selagi nama malaysia masalah sampah memang tak pernah ada kesudahan. kadang-kadang rasa kecewa dan hampa apabila melihat kawasan persekitaran tercemar dengan sampah yang tidak terurus. beberapa persoalan timbul:

1. adakah rakyat malaysia pengotor?
2. adakah rakyat malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas menguruskan sampah?
3. mengapa sampah masih dibuang merata-rata?
4. mengapa ada sampah?
5. dari manakah sampah berasal?
6. adakah rakyat malaysia selesa hidup di dalam sampah?
7. adakah sampah menjadikan rakyat malaysia menjadi sampah?

6. susah sangat agaknya menguruskan sampah. tak kiralah di peringkat mana kita berada. adakah anda pasti anda telah menguruskan sampah dengan baik? adakah anda mengitar semula? siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas sampah yang wujud di persekitaran kita?

3 comments:

Muslimahsolehah said...

cik lin penah gi negara India x?? sana kn lagiii..kotor...negara jiran kita pn sama...same jer kot..mane2

CIK FARAH said...

Cik lin akhir tahun ni kita gi taiwan nak tak? sepupu aku duk sana so penginapan tak de hal, mahal mkn luar kita masak je... cuma sediakan duit tambang je... N untuk aku kena sediakan pasport dulu he..he

bjorx said...

cik farah,
aku ok ja, yang penting kita rancang awal2...simpan duit skit...bagi aku detail...so boleh aku plan aku punya bajet dari sekarang.

hani,
tak payah tengok india ke indonesia atau negara jiran..tengok tempat sendiri pun sudah cukup menyakitkan hati..