Thursday, May 28, 2009

cuti keamatan

1. selamat menyambut keamatan kepada rakyat malaysia.

2. photography lesson berjalan seperti biasa. banyak teknik dan terma baru diperolehi. basically what i learnt were the approaches in handling the ligting and subject. this week alone frontlight, backlight and sidelight. how the photographer manipulates the light to produce a great effect in his pictures.

3. some of the concepts are still hard to understand, and sometimes you are struggling to apply the theory. but then theory will be manipulated according to the situation. so it depends on photographer critical way of thinking. or how smart he is manipulating the situation.

4. in order to capture a good photo, you have to have the eye. this is a skill which i believe can be developed. you will learn how to look, and you will learn to create several pictures in your mind. so when you are shooting, consciously you will shoot the pictures created earlier. basically, a photographer will know what to shoot in certain places as he is ready with several pictures in mind and like the old proverb says, perfections come from practices.

Tuesday, May 19, 2009

kampung muslim

kampung muslim
may 13,2009 6.00pm




kelapa




kelapa
may 18,2009 5.30pm
labuan

minggu pertama semester baru

1. minggu ni kuliah bermula. minggu untuk berkenalan dengan subjek dan memberi tugasan. rata-rata pelajar disini nampak berdisiplin dan menepati masa pada minggu pertama. kehadiran sangat membanggakan.

2.semester ini waktu mengajar 7 jam seminggu. plus minus waktu konsultasi berjumlah 15 jam. kelas seperti biasa setiap isnin sehingga khamis, jumaat tiada kelas. nampak gaya semester ni pelajar kurang skema seperti semester lepas. tapi tak taula nanti macam mana...so kita tunggu dan lihat sajalah..

3. 20-24 jun aku akan menghadiri kursus ketatanegaraan btn la tu..di kulim kedah.surat tulis kulim kedah..maknanya kena pi la sana kan....akhirnya pergi juga btn setelah 5 tahun apply...punyala lama..menunggu.nampak gaya perkhidmatan cik farah diperlukan untuk menghantar aku ke btn kulim. bolehla kita p makan mee udang lagi yea..

4. kelas fotografi berjalan. kelas bukan formal..jadi pergi outing atas cikgu la...cikgu call...on sajalah...banyak perkara baru sedang dipelajari dan sudah ada assignment...

5. seronokla semester ni, ada aktiviti baru...fotografi kali ini memberi satu perspektif baru..apabila dibandingkan dengan kelas yang dulu. cikgu pun lain, pendekatan dan perspektif pun berbeza...macam ada satu anjakan paradigma apabila membuat perbandingan dengan cikgu lama dengan cikgu baru...tak kisahla yang tu..yang penting ilmu yang diperolehi itu memberi manfaat...

6. selamat bercuti kawan2ku...minggu depan cuti sekolah kan! selamat hari guru! kat sini tak de pun sambutan hari guru, bila teringat hari guru kat sekolah...bestnya..bawa hadiah seguni!...kat sini...dapat sms sajala...hmmm....

Wednesday, May 13, 2009

mppb 2009/2010

1. minggu ni minggu pendaftaran pelajar baru. ini bermakna sibuk.

so...until next week la yea..

Sunday, May 10, 2009

ahad mppb

1. hari ini hari pertama mppb di kml. suasana agak sesak di awal pagi. ramai betul manusia. ramai pelajar perempuan yang mendaftar berbanding dengan pelajar lelaki.

2. disebabkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, aku tak de mood nak layan mppb. tak excited sebab hidungku tersumbat, suhu badan yang tinggi menyebabkan aku teringat bantal di rumah. ditambah dengan tekak yang kering serta tenaga yang kurang maka pergerakan pun menjadi agak lembap.

3. keinginan untuk mengambil foto yang menarik juga menjadi perkara kedua. satu perkara yang aku discover, setelah lama meninggalkan slr, aku menjadi lost dalam pencarian subjek menarik. when you look at your surrounding, you do not know what to aim. you are lost in the sea of people. suddenly there are too many people, faces, actions and you re not sure which to focus.

4. the uncertainties that exist, make you hunger for more.

5. suasana di labuan masih sama. cuaca agak panas. perubahan cuaca dan biological clock timing during holidays menyebabkan aku kurang sihat. ahahhaha....alasan la tu..cuti dah abis la wei...waktu untuk bekerja sudah bermula..tiada alasan lagi!

Friday, May 8, 2009

1.29 am

1. tinggal beberapa jam saja lagi sebelum berlepas ke labuan. nampaknya malam ni tak tido disebabkan; a. nak balik labuan kemas barang b. duk explore d90 hehhehe...akhirnya terbeli juga kamera ni.

2. banyak juga perkara yang perlu dipelajari...sistem digital dan manual agak berbeza..ada yang sama tapi banyak yang kena pelajari..nak biasakan dengan menu dan function...so malam ni malam trial n error..baca manual sebelum berguru dengan sifu di kml.

3. nampaknya tak berkesempatan berjumpa dengan geng 24 sebelum berlepas, panjang umur kita berjumpa lagi..yea...masa tak mengizinkan...

4. kepada cik farah yang jauh di utara, harap2 lepas ni kita akan ada projek berjalan2..ke luar negara plak...jom kita buat experimen travel abroad macam mana..mesti syok...discover benda baru tempat orang...dan satu pesanan aku, siasat dulu siapa orang yang bertanya tu...manalah tau hensem macam sheikh muzaffar...ahahhahahah....


5. kepada geng bloggers, update la blog...takkan tak de citer baru kot...

Thursday, May 7, 2009

manusia

1. hari ini aku nak menulis mengenai manusia. manusia ialah sejenis makhluk yang dikurniakan akal hidup di muka bumi. bezanya manusia dengan manusia yang lain ialah cara pemikirannya dan siapa kawan-kawannya.

2. apabila merujuk kepada siapa kawan-kawannya secara tidak langsung kita boleh melihat siapakah manusia itu. ini keranan kawan-kawan merupakan refleksi diri seseorang. proses mengenali seseorang manusia bergantung kepada individu. ada yang senang dikenali ada yang kompleks.

3. cara pemikiran seseorang akan mempengaruhi dengan siapa seseorang itu berkawan. sekiranya tidak ngam, mana mungkin dua insan boleh menjadi kawan.

isu: mak nyah / pondan

profile 1:
akhir 20an
lulusan universiti/institut
berkahwin
bekerja di organisasi A sejurus lepas grad
tinggal di kawasan bandar

mak nyah? itu masalah sosial. i tak masuk campur. jaga diri sendiri sudahlah.

profile 2:
akhir 20an
lulusan institut/universiti
bujang
bekerja di organisasi A sejursan lepas grad
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...hmmm...dalam dunia ni ada lelaki dan perempuan sahaja.

profile 3:
awal 30an
lulusan universiti/institut
berkahwin
bekerja di organisasi A selepas beberapa tahun bekerja di organisasi B
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...manusia biasa....macam kita juga.

profile 4:
awal 30an
lulusan institut/universiti
bujang
bekerja di organisasi A sejurus lepas grad
tinggal di bandar

mak nyah...ada yang ok, ada yang ko, so pandai2lah...berkawan dengan mak nyah

profile 5:
awal 40an
tiada kelulusan universiti
berkahwin
bekerja di organisasi A selepas SPM
tinggal di pinggir bandar

mak nyah...ish...nauzubillah...simpang malaikat 44..

4. pemikiran manusia sangat kompleks. apakah yang mempengaruhi pemikiran manusia? latarbelakang dirinya atau latarbelakang tempat tinggalnya atau latarbelakang tempat bekerja atau latarbelakang pendidikannya atau latarbelakang kawan-kawannya? adakah media di sekelilingnya yang mempengaruhi pemikiran manusia atau apa?

bersambung...

Wednesday, May 6, 2009

24 hours to go

1. cuti semester sudah berakhir. masa bersantai sudah tamat.

2. minggu depan waktu untuk bekerja. semester baru. students baru. harap2 ada muka baru yang muncul.meriah sikit hidup. perkara baru perlu diterokai. cerita baru untuk semester baru.

3. masa juga berlalu begitu pantas. masuk pertengahan tahun sudah 2009. ini bermakna 2009 akan berlalu. renung2kan...adakah matlamat hidup anda telah tercapai untuk tahun ini? setengah tahun pertama 2009.

4. banyak perkara telah berlaku di dalam kehidupan kita. jadikan pengajaran dan peringatan untuk masa hadapan. perkara yang perlu dibaiki, kita baiki. jangan dipekakkan telinga atau dibutakan mata. perubahan perlu dilakukan dan pasti akan berlaku. suka atau tidak. ini adalah salah satu proses yang berlaku di dalam kehidupan manusia.

5. bagi sesiapa yang bergelar ibu, selamat menyambut hari ibu. walaupun banyak pengorbanan dibuat bagi insan yang bergelar ibu, sampai satu ketika ibu perlu melepaskan anak menjalani kehidupan dengan acuannya sendiri. maka sesiapa yang bergelar anak di luar sana, keluarlah dari kepompong dan binalah kehidupan anda.
hidup ini singkat. jangan disia2kan.

Sunday, May 3, 2009

cameron highlands II

1. suasana di tanah tinggi agak sejuk dan berangin. ekoran hujan yang berterusan, tanah runtuh telah berlaku di beberapa tempat. perjalanan pulang agak lembap ekoran kejadian tanah runtuh.

2.cameron highlands masih seperti dulu. cuacanya sejuk dan nyaman. bilangan pengunjung pada hujung minggu bertambah. banyak hotel jadi tiada masalah penginapan. yang penting sediakan saja duitnya...banyak pilihan hotel atau motel disini so terpulang pada bajet.

3. makan pun tiada masalah banyak restoran dan gerai.

4. cuma satu perkara yang tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang ialah sampah. sampah bertambah banyak dan tidak terurus. sakit mata apabila melihat sampah bersepah dan bertaburan di tempat awam. tak tau la nak cakap macam mana, samada rakyat malaysia ni pengotor atau pun pihak berkenaan yang menguruskan sampah tidak efficient. masalah sampah di malaysia perkara lama. isu yang sering diketengahkan namun tidak pernah ada keputusan atau tindakan yang mantap untuk menyelesaikan masalah sampah.

5. tak kiralah di cameron highlands atau di mana pun selagi nama malaysia masalah sampah memang tak pernah ada kesudahan. kadang-kadang rasa kecewa dan hampa apabila melihat kawasan persekitaran tercemar dengan sampah yang tidak terurus. beberapa persoalan timbul:

1. adakah rakyat malaysia pengotor?
2. adakah rakyat malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas menguruskan sampah?
3. mengapa sampah masih dibuang merata-rata?
4. mengapa ada sampah?
5. dari manakah sampah berasal?
6. adakah rakyat malaysia selesa hidup di dalam sampah?
7. adakah sampah menjadikan rakyat malaysia menjadi sampah?

6. susah sangat agaknya menguruskan sampah. tak kiralah di peringkat mana kita berada. adakah anda pasti anda telah menguruskan sampah dengan baik? adakah anda mengitar semula? siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas sampah yang wujud di persekitaran kita?

Saturday, May 2, 2009

e-2 oly apartment cameron highlands-part I

1. departed from subang to cameron on friday morning. heavy traffic. many people are on holiday fever i guess..sume pun balik kampung...malaysian people tend to go for holiday during 3 days public holiday..some of course going back to hometown. a reason to be on the road..i think most of malaysian spent half of their life on the highway..or else you wont be called malaysian.

2. spent my time visiting old fren who is considered as family. he lives on his own in cameron. grows up here. works here. settle down here. he never leaves highlands. this is his place. for better or worse.

3. i met few men share the same characteristics. man who is success in work usually end up his life on his own. they have everything money can buy. they go places around the world. most of them achieved what they want. they start from zero and now on the top.

4. krish. he is an old man by age. but not by his look. you will never tell his age when you first met him. he is a very nice man, generous, and humble. tall, dark and handsome.

5. some people have big family. some people dont. when you dont have family you tend to appreciate closed friends who will be considered as family. people whom you wish were your family. people who tend to fit you to be in the institution, family institution.

6. though we dont share the same background, race and religion..it is good to know that we have something..we are just human who have differences...we respect each others way of life...we can share a table, we live under the same roof..we can be comfortable together..

7. we dont hang out this time, we just stay in the apartment, catch up the old times,have a good laugh and be contented at the same time..the weather is too cold..rain..and more rain..think its better to stay put in the apartment..a mug of hot tea..can be heaven at time like this.


have a good holiday people.be it with your family, friends or just yourself.