Sunday, May 16, 2010

pelajar dan bakat

1. Dua tiga hari ini, saya turut serta dalam pemilihan pelajar untuk koir kolej, juruacara, dan peserta pengkisahan negara. Banyak yang saya pelajari apabila saya terlibat di dalam aktiviti ini.

2. Semester ini, saya mahu belajar. Saya melahirkan keinginan saya terhadap rakan sejawat yang memang arif dan mahir dalam urusan sebegini. Saya mahu belajar bagaimana mengenal bakat, mencungkil bakat, melatih bakat dan mencari yang berpotensi dan boleh pergi jauh. Pada masa yang sama saya belajar untuk mengurus dan mengendalikan peserta pertandingan peringkat negeri, berurusan dengan pihak penganjur, bekerjasama mengendalikan pertandingan dan yang paling penting berurusan dengan pelbagai pihak dari pelbagai lapisan.

3. Apabila berhadapan dengan pelbagai latarbelakang pelajar di Borneo, saya mendapati bahawa banyak kekuatan dan keistimewaan. Sebahagian besar pelajar mempunyai pakej yang lengkap, boleh menyanyi, menari dan berlakon. Memiliki raut wajah yang unik.

4. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Saya berharap proses pembelajaran kali ini berjaya mencapai objektifnya.

No comments: