1. Hari ini saya berjumpa dengan seorang kawan lama yang baru dikenali. Dia telah berpindah ke Semenanjung. Seronok berjumpa dengan dia. Banyak cerita mengenai kehidupan di tempat baru.
2. Apabila bekerja di Lembah Klang, atau tinggal di Lembah Klang saya percaya cara hidup juga cara Lembah Klang. Tidak seperti di Labuan, atau di Kota Baru. Lembah Klang mengajar kita tentang kehidupan yang mencabar. Perlu tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu. Bersedia dengan wang untuk membayar mana-mana tol atau parking. Tiada yang percuma di Lembah Klang.
3. Banyak kemudahan di Lembah Klang. Tidak kira di mana anda tinggal, selagi anda di dalam kawasan Lembah Klang, tiada alasan apabila berkenaan dengan kemudahan dan fasiliti. Masa juga perlu diuruskan cara Lembah Klang. Segala kemungkinan perlu difikirkan sebelum anda merancang untuk bergerak.
4. Kemudahan kenderaan awam banyak di Lembah Klang. Cuma kualitinya masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Anda perlu bersabar apabila memilih untuk menaiki kenderaan awam. Pilihan di depan mata. Sekiranya mahu cepat, ada harganya. Sekiranya berkira-kira dengan harga yang perlu dibayar, pilihan masih ada. Tetapi anda perlu bersabar. Contohnya antara teksi, bas dan komuter. Setiap satu mempunyai harga yang tersendiri.
5. Makanan juga begitu. Ada dimana-mana. Sepanjang masa. Tiada masa yang tidak ada makanan. Pengambilan makanan perlu dirancang dengan bijak. Masa makan juga sudah di luar jangkaun waktu makan yang sepatutnya diamalkan, bersarapan, makan tengahari dan makan malam. Manusia di Lembah Klang tidak ada yang mati tidak makan. Semuanya cukup makan.
6. Hidup di mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak ada satu tempat yang sempurna. Apabila anda memilih untuk hidup di Lembah Klang contohnya, bersedialah dengan cara di Lembah Klang. Menyesuaikan diri dengan tempat baru adalah penting. Jangan nanti kita masih hidup dengan cara di tempat lama, walhal kita sudah berhijrah ke tempat baru.
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment