1. Hari ini hari sibuk. Banyak betul perkara yang perlu diselesaikan dan tugasan. Saya suka bekerja. Saya juga suka membuat kerja. Hari saya tidak lengkap sekiranya saya tidak membuat apa-apa kerja.
2. Saya suka membuat kerja dan menyelesaikan kerja secepat mungkin. Saya percaya sekiranya saya menangguh kerja, akan banyak lagi kerja baru yang menanti perhatian saya. Bayangkan kerja semalam perlu diselesaikan pada hari ini, walhal hari ini kerja baru telah menanti. Belum lagi kerja esok hari yang pasti menunggu.
3. Apabila bekerja saya menyedari bahawa sistem fail sangat penting dan boleh membantu. Susunan dokumen tertentu di dalam fail tertentu, banyak membantu saya menyusun dan menyimpan dokumen dengan efisien. Masih banyak yang perlu dipelajari apabila melibatkan fail dan dokumen. Melabel fail dengan kod yang betul, mengemaskini fail dengan bahan yang terkini memerlukan kesabaran.
4. Mencatat minit mesyuarat merupakan satu tugasan yang mencabar. Sehingga hari ini, saya masih belajar meningkatkan kemahiran penulisan minit mesyuarat. Mendengar dan menulis semua maklumat yang disampaikan ke atas kertas memerlukan ketekunan dan ketelitian. Pemahaman maksud terhadap isi kandungan yang disampaikan perlu ditulis semula dengan jelas. Pembaca yang membaca minit mesyuarat perlu mendapat maksud yang disampaikan.
Pada sesetengah pihak, ini mungkin membosankan, tetapi bagi saya ini cabaran terhadap aspek keintelektualan diri saya.
5. Bekerjalah dengan niat yang ikhlas. Saya percaya bekerja dengan niat yang ikhlas pasti akan memberi kepuasan terhadap diri.
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment