Sunday, May 16, 2010

pelajar dan bakat

1. Dua tiga hari ini, saya turut serta dalam pemilihan pelajar untuk koir kolej, juruacara, dan peserta pengkisahan negara. Banyak yang saya pelajari apabila saya terlibat di dalam aktiviti ini.

2. Semester ini, saya mahu belajar. Saya melahirkan keinginan saya terhadap rakan sejawat yang memang arif dan mahir dalam urusan sebegini. Saya mahu belajar bagaimana mengenal bakat, mencungkil bakat, melatih bakat dan mencari yang berpotensi dan boleh pergi jauh. Pada masa yang sama saya belajar untuk mengurus dan mengendalikan peserta pertandingan peringkat negeri, berurusan dengan pihak penganjur, bekerjasama mengendalikan pertandingan dan yang paling penting berurusan dengan pelbagai pihak dari pelbagai lapisan.

3. Apabila berhadapan dengan pelbagai latarbelakang pelajar di Borneo, saya mendapati bahawa banyak kekuatan dan keistimewaan. Sebahagian besar pelajar mempunyai pakej yang lengkap, boleh menyanyi, menari dan berlakon. Memiliki raut wajah yang unik.

4. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Saya berharap proses pembelajaran kali ini berjaya mencapai objektifnya.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

1. Esok Hari Guru di Malaysia. Selamat Hari Guru kepada semua cikgu. Saya percaya menjadi cikgu di sekolah merupakan satu pengalaman yang indah kepada semua cikgu. Terutamanya apabila meraikan Hari Guru di sekolah.

2. Penghargaan yang diberikan oleh anak murid begitu bermakna. Apetah lagi apabila ia datang daripada anak murid yang selalu ditegur dan dimarah. Berbaloi rasanya keringat yang keluar apabila melangkah keluar dari bilik darjah.

3. Saya percaya setiap cikgu mahukan yang terbaik daripada anak muridnya. Saya juga percaya, apabila cikgu ikhlas mengajar dan mendidik, apa yang disampaikan pasti diterima walaupun ia mengambil masa.

4. Tidak kiralah, walau apa pun yang dilemparkan terhadap profesion perguruan, saya percaya anda semua adalah insan yang penting di dalam kehidupan seseorang.

Wednesday, May 12, 2010

Kerja

1. Hari ini hari sibuk. Banyak betul perkara yang perlu diselesaikan dan tugasan. Saya suka bekerja. Saya juga suka membuat kerja. Hari saya tidak lengkap sekiranya saya tidak membuat apa-apa kerja.

2. Saya suka membuat kerja dan menyelesaikan kerja secepat mungkin. Saya percaya sekiranya saya menangguh kerja, akan banyak lagi kerja baru yang menanti perhatian saya. Bayangkan kerja semalam perlu diselesaikan pada hari ini, walhal hari ini kerja baru telah menanti. Belum lagi kerja esok hari yang pasti menunggu.

3. Apabila bekerja saya menyedari bahawa sistem fail sangat penting dan boleh membantu. Susunan dokumen tertentu di dalam fail tertentu, banyak membantu saya menyusun dan menyimpan dokumen dengan efisien. Masih banyak yang perlu dipelajari apabila melibatkan fail dan dokumen. Melabel fail dengan kod yang betul, mengemaskini fail dengan bahan yang terkini memerlukan kesabaran.

4. Mencatat minit mesyuarat merupakan satu tugasan yang mencabar. Sehingga hari ini, saya masih belajar meningkatkan kemahiran penulisan minit mesyuarat. Mendengar dan menulis semua maklumat yang disampaikan ke atas kertas memerlukan ketekunan dan ketelitian. Pemahaman maksud terhadap isi kandungan yang disampaikan perlu ditulis semula dengan jelas. Pembaca yang membaca minit mesyuarat perlu mendapat maksud yang disampaikan.
Pada sesetengah pihak, ini mungkin membosankan, tetapi bagi saya ini cabaran terhadap aspek keintelektualan diri saya.

5. Bekerjalah dengan niat yang ikhlas. Saya percaya bekerja dengan niat yang ikhlas pasti akan memberi kepuasan terhadap diri.

Sunday, May 9, 2010

kerja

1. Hari ini hari pertama pendaftaran di tempat kerja. Semua orang sibuk bertugas di lokasi masing-masing. Saya bertugas di sebuah kaunter. Bergilir mengikut jadual yang ditetapkan. Semua berjalan lancar. Beberapa orang ditempatkan di kaunter kami dibawah pengawasan seorang ketua. Setiap kumpulan bertugas selama 4 jam. Kemudian kumpulan seterusnya mengambil alih.

2. Kerja boleh berjalan dengan lancar apabila setiap ahli memberi kerjasama dan memahami tugasan masing-masing. Jadual pembahagian tugas dan masa juga adalah penting bagi melancarkan gerak kerja. Tolak ansur diantara ahli dan ketua juga penting.

3. Apabila mutual of understanding di antara ahli dicapai, saya percaya mana-mana tugasan yang diberikan pasti boleh diselesaikan. Tidak timbul isu, saya seorang yang terpaksa memikul semua tugasan. Mengapa ini boleh berlaku, walhal perbincangan telah dilakukan, pembahagian tugasan juga telah dijalankan.

4. Membuat tugasan secara last minute boleh memberi beberapa kesan. Kesan terhadap output, kesan terhadap kualiti, kesan terhadap reputasi dan kesan terhadap kredibiliti seseorang. Saya percaya semua orang mempunyai pengalaman membuat tugasan secara last minute, dan kita semua tahu akibatnya. Persoalannya, adakah kita mempelajari sesuatu dari pengalaman tersebut?

Thursday, May 6, 2010

kawan lama

1. Hari ini saya berjumpa dengan seorang kawan lama yang baru dikenali. Dia telah berpindah ke Semenanjung. Seronok berjumpa dengan dia. Banyak cerita mengenai kehidupan di tempat baru.

2. Apabila bekerja di Lembah Klang, atau tinggal di Lembah Klang saya percaya cara hidup juga cara Lembah Klang. Tidak seperti di Labuan, atau di Kota Baru. Lembah Klang mengajar kita tentang kehidupan yang mencabar. Perlu tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu. Bersedia dengan wang untuk membayar mana-mana tol atau parking. Tiada yang percuma di Lembah Klang.

3. Banyak kemudahan di Lembah Klang. Tidak kira di mana anda tinggal, selagi anda di dalam kawasan Lembah Klang, tiada alasan apabila berkenaan dengan kemudahan dan fasiliti. Masa juga perlu diuruskan cara Lembah Klang. Segala kemungkinan perlu difikirkan sebelum anda merancang untuk bergerak.

4. Kemudahan kenderaan awam banyak di Lembah Klang. Cuma kualitinya masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Anda perlu bersabar apabila memilih untuk menaiki kenderaan awam. Pilihan di depan mata. Sekiranya mahu cepat, ada harganya. Sekiranya berkira-kira dengan harga yang perlu dibayar, pilihan masih ada. Tetapi anda perlu bersabar. Contohnya antara teksi, bas dan komuter. Setiap satu mempunyai harga yang tersendiri.

5. Makanan juga begitu. Ada dimana-mana. Sepanjang masa. Tiada masa yang tidak ada makanan. Pengambilan makanan perlu dirancang dengan bijak. Masa makan juga sudah di luar jangkaun waktu makan yang sepatutnya diamalkan, bersarapan, makan tengahari dan makan malam. Manusia di Lembah Klang tidak ada yang mati tidak makan. Semuanya cukup makan.

6. Hidup di mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak ada satu tempat yang sempurna. Apabila anda memilih untuk hidup di Lembah Klang contohnya, bersedialah dengan cara di Lembah Klang. Menyesuaikan diri dengan tempat baru adalah penting. Jangan nanti kita masih hidup dengan cara di tempat lama, walhal kita sudah berhijrah ke tempat baru.

Wednesday, May 5, 2010

Transition in life

1. This year marked several important achievements. Transition in life has shown remarkably significant achievement. People come. People go. I forgive and i forget. Certain things need to be forgotten in order to proceed new life. It should be painful yet it is meaningful in certain ways. Why not. You cry. You smile. It enriches your life.

2.What you learn, what people learn. It should be thoughtful in a way. I decided to write articles about my subject in college. It should be helpful to the readers. Especially to my students and fellow colleagues. I think exchanging knowledge and information should be our way of life. We need to be informed, knowledgeable and updated. Why not?

3. Furthermore, i can enhance my writing skills. Delivering messages that can be acceptable and understandable. My intention is to share and enhance my writing skills. I believe writing skills is a very important skill at present. Platforms to write are many. You can choose, virtually or conventionally. It is convenient this days to write.

4. Some people like to read. Some people like to write. Some people like to talk. Some people like to listen. There are many ways to communicate. So people can choose. Which is best that suit to your needs.

Sunday, May 2, 2010

bulan mei

1. Bulan Mei datang lagi. Kali ini ia bermula dengan istimewa. Indeks suku tahun pertama menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan. Perubahan berlaku secara drastik. Terasa pelik dengan perubahan yang berlaku, namun itulah hakikatnya.

2. Under some circumstances people do change. Ini adalah fakta.Sekelip mata manusia boleh berubah. Mungkin panggilan menukar paradigma telah datang atau telah menerima ilham daripada Tuhan.

3. Penerimaan ke atas sesuatu atau seseorang mengambil masa. Ada yang panjang, ada juga yang pendek. Bergantung ke atas individu. Ada individu yang cepat mengadaptasi sesuatu atau seseorang.Ada juga yang sebaliknya.

4. Jadi apabila anda mengalami perkara sebegini, bersabarlah. Apabila ia datang tanpa diduga, ia akan menjadi lebih bermakna. Lebih manis untuk dikenang. Segala yang pahit pada suatu ketika dulu, terus hilang dari ingatan.

5. Semoga prestasi indeks setengah tahun pertama terus menunjukkan sesuatu yang lebih meyakinkan!