1. Travel writing. Ini satu terma yang saya pelajari hari ini di salah sebuah channel astro.Menarik. Dan memberi sebab mengapa saya perlu terus mengembara, merakam gambar dan menulis cerita.
2. Kemahiran menulis sangat penting. Ini bermakna saya perlu mencari satu aktiviti yang membolehkan saya menulis, merakam gambar dan mengembara sekaligus.
3. Baru-baru ini, saya pergi ke MPH Subang Jaya. Terasa sesat di lautan buku. Terlalu banyak buku yang ada di pasaran pada hari ini. Saya terasa kerdil kerana saya tidak tahu buku apa yang perlu dibaca atau yang memberi keseronokan dan manfaat apabila membacanya. Ini merupakan satu konflik yang saya hadapi pada hari ini. Berbeza dengan 10 tahun lepas. Saya begitu dahagakan input baru dan saya membaca semua jenis buku tanpa memilih. Berbeza pada hari ini, saya mula memilih dan membanding isi kandungan buku.
4. Saya sedar membaca merupakan satu keperluan. Mungkin ini antara alasan yang munasabah mengapa saya sudah lama tidak menulis, kerana saya sudah lama tidak membaca. Membaca untuk keseronokan atau penambahan ilmu, lama saya tinggalkan. Saya sibuk membaca buku untuk keperluan di sekolah. 2 perkara yang berbeza.
5. Kesedaran untuk membaca datang pada minggu ini. Apabila berada di tempat sendiri, dikelilingi dengan keperluan terhadap maklumat terkini, secara automatik saya perlu menyesuaikan diri dan membaca lagi.
6.Tiada alasan lagi untuk tidur lena dan bersenang lenang. Bangkit!
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment