1. Hari ini saya berada di KB. Balik kampung pada hujung minggu. Suasana di KB sentiasa berubah. Banyak bangunan baru yang muncul. KB semakin sempit. Kedai-kedai makan boleh dilihat dipinggir jalan. KB ini syurga makanan. Banyak makanan yang enak boleh dimakan. Pilihan juga banyak. Harga masih berpatutan. Yang penting sediakan saja, wangnya.
2. Satu perkara yang saya cuba faham adalah cara hidup orang di KB. Saya melihat ini di dalam keluarga pasangan. Ahli keluarga besar. Rumah di antara satu dengan lain berdekatan. Cara hidup sederhana. Tidak mewah dan tidak daif. Keperluan asas mencukupi. Ada yang bekerja dengan kerajaan ada yang bekerja sendiri. Kebanyakan bekerja dan tinggal sekitar KB. Seorang dua sahaja yang meninggalkan KB. Mencuba nasib mencari rezeki.
3. Sikap orang di KB ini pemurah dan baik hati. Menghargai tetamu yang hadir. Keselesaan cuba diberikan. Peramah dan suka berbual. Walaupun ada yang tidak dapat difahami, ekoran kekangan bahasa. Makan merupakan satu acara yang mesti. Ada-ada sahaja makanan yang disuakan. Orang Malaysia, tanpa mengira negeri mempunyai satu persamaan ini, makan.
4. Cuma satu yang saya kurang selesa, dari segi tatacara menjaga kebersihan kurang dititikberatkan. Sikap tidak kisah terhadap persekitaran yang tidak bersih, adalah sesuatu yang bukan luar biasa. Mengapa?
5. Saya masih mencari jawapan. Cara hidup dan sikap seseorang, adalah nilai yang diamalkan oleh individu dan keluarga masing-masing. Nilai berbeza antara keluarga A dan keluarga B. Masing-masing mempunyai dan mengamalkan nilai yang berbeza. Ada yang sama. Ada yang berbeza. Perubahan amalan ke atas nilai tertentu tidak mungkin berlaku sekelip mata. Terpulang kepada anda, nilai apakah yang akan diamalkan di dalam hidup anda apabila anda berkeluarga satu hari nanti.
Friday, April 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment