1. Saya berjumpa dengan kawan lama Isnin lepas, seorang kawan telah dimasukkan ke hospital ekoran masalah kesihatan. Bersabarlah. Mungkin dugaan atau peringatan. Biological clock cuba memberitahu sesuatu. Cuma satu perkara yang saya pelajari disini, apabila umur semakin meningkat, kesihatan perlu dititkberatkan. Bukan bermakna sudah berumur baru nak kisah, tetapi cara hidup sihat memang perlu diamalkan dari mula.
2. Kesihatan sangat penting. Apabila anda seorang wanita, kesihatan merupakan satu kewajipan. Sebuah keluarga boleh tempang apabila wanita pertama di dalam keluarga tidak sihat. Ini saya saksikan sendiri di depan mata. Seorang sahabat merupakan seorang wanita pertama di dalam keluarganya. Hidup bersama 3 orang anak dan seorang pembantu. Suami berada jauh di Semenanjung. Pagi-pagi hidup bermula dengan menyediakan anak-anak ke sekolah, memberi makan sebelum ke sekolah, memastikan buku dan kerja rumah telah siap. Menghantar anak kesekolah sebelum ibu ke sekolah. Kemudian bersarapan bersama rakan sekerja. Menghantar si kecil ke sekolah tadika. Ibu kembali ke sekolah. Bekerja. Tengahari, memandu ke sekolah mengambil anak-anak.Singgah sebentar ke Kedai Lamat membeli gula-gula atau air. Panasla mama, nak air. Berhenti siibu.
3. Tiba di rumah, berkejar, makan tengahari. Baru nak melelapkan mata, mama itu mama ini. Anak sekolah agama, perlu dikerah bersiap. Kemudian memandu semula ke sekolah agama. Dan kembali ke pejabat. Petang tiba di rumah, melayan anak-anak. Pergi jogging sejam. Kemudian bergegas kembali ke rumah. Menyiapkan anak ke tuisyen pula. Memandu ke tempat tuisyen 4x seminggu. Singgah ke kedai membeli barang keperluan sementara menunggu anak. Mengambil anak, dan memandu ke rumah.Esok rutin yang sama 5 hari seminggu. Bayangkan jika siibu jatuh sakit.
4. Masa di jalanan memandu lebih banyak daripada masa berada di rumah. Kadang-kadang seperti mahu muntah melihat kereta. Kesimpulannya, kesihatan sangat penting bagi seorang wanita. Tanpa mengira usia. Ini kerana wanita memainkan peranan yang penting di dalam sebuah institusi kekeluargaan.
5. Amalan cara hidup sihat telah saya terapkan di dalam kehidupan saya. Saya sedar apabila saya jatuh sakit, saya perlu membayar harga yang lebih mahal berbanding harga mengamalkan cara hidup sihat.
6. Makan makanan berkhasiat. Memasak makanan berkhasiat. Bersenam untuk tubuh badan yang sihat. Berkawan dengan orang-orang yang mementingkan kesihatan. Pokok pangkalnya, adalah diri kita. Samada mahu atau tidak mahu.
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment