Wednesday, April 28, 2010

Komunikasi

1. Hari ini saya ke Kuala Lumpur membeli barang yang dipesan oleh cikgu saya. Jadi kami memandu ke Kuala Lumpur. Melalui beberapa tol dan fly over. Jalan raya di Kuala Lumpur begitu sesak dan besar. Kecut perut saya dibuatnya apabila kereta berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing. Pada jam 5 petang, tahu sajalah bagaimana keadaan trafik di jalan raya.

2. Barang yang dipesan diperoleh. Bayaran dibuat secara tunai. Resit dan warranty juga telah diberi. Kami pun beredar, berkejar mahu keluar dari Kuala Lumpur sebelum keadaan trafik lebih kronik.

3. Sepanjang perjalanan, tiada topik menarik yang dibualkan. Masing-masing melayan fikiran masing-masing. Saya terfikir akan beberapa perkara. Tetapi mulut saya berat mahu berbual. Jadi saya berintrapersonal dengan diri saya sendiri.

4. Mengapa ini boleh berlaku? Adakah manusia seperti saya sudah letih mahu berbual atau pasangan berbual tidak berminat mahu melayan saya? Saya banyak membuat perbandingan sebelum dan selepas menjadi pasangan. Begitu jauh perbezaannya. Mengapa ini berlaku?

5. Mendengar merupakan satu proses yang sangat penting di dalam mana-mana perhubungan. Memahami apa yang didengar, dan memberi respond terhadap apa yang didengar juga merupakan satu proses komunikasi berkesan. Namun begitu, berapa ramai pasangan yang benar-benar melakukan ini.

6. Mungkin faktor masa, tempat dan keadaan fizikal yang tidak begitu kondusif menghalang daripada berlakunya komunikasi secara verbal. Secara non-verbalnya, masing-masing memberitahu mahukan privacy in having some personal thoughts. Mungkin.

No comments: