Friday, June 26, 2009

BTN

1. Kursus BTN selama 5 hari 4 malam telah selesai. apakah yang berlaku ketika kursus berjalan? apakah kesannya terhadap peserta? adakah objektif kursus tercapai? mengapakah kursus diadakan? apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan? adakah peserta akan berubah pendirian setelah menghadiri kursus? apakah persepsi peserta terhadap pemerintah? adakah peserta benar2 memahami sejarah pembentukan Malaysia? apakah perpaduan akan terus menjadi budaya hidup masyarakat malaysia?

2. Persoalan diatas terjawab apabila anda menjadi peserta kursus btn. kursus btn yang dijalankan khusus untuk semua penjawat awam di seluruh Malaysia. bagi penjawat awam yang sudah selesai menghadiri kursus, selamat berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

3. Secara peribadi, kursus BTN memberi maklumat mengenai beberapa perkara berkenaan Perlembagaan Malaysia dan isi kandungannya. Penjelasan yang diberikan sedikit sebanyak memberi input dari perspektif yang berbeza. Ini bermakna, kefahaman mengenai Perlembagaan Malaysia sangat penting kepada rakyat Malaysia khususnya, generasi muda. Penerangan yang diberikan menjawab beberapa persoalan yang sering pelajar ajukan ketika kuliah berjalan sepanjang semester lepas. Diharapkan semester ini, apabila topik Kewarganegaraan bermula, penjelasan yang jelas dapat diberikan!

4. Adakah persepsi akan berubah? ini bergantung kepada individu. sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk dan saluran. tidak perlu menunggu 5 tahun sekali untuk memberi sumbangan atau sokongan. banyak cara boleh dilakukan untuk memberi khidmat dan sumbangan sebagai penjawat awam. tidak perlu menunggu sogokan untuk memberi sokongan dan perkhidmatan.

5. Mengulangi kata-kata dari seorang sahabat,apabila ditanya mengenai apakah tema hari guru tahun ini? sahabat menjawab,"..saya tidak memerlukan tema untuk mendidik anak bangsa saya dengan cemerlang.."

6. Selamat berkhidmat kepada semua penjawat awam di seluruh Malaysia!

2 comments:

princess damia said...

elloo... taniah krn telah selesai menghadiri btn tuh... tunggu aku je lah yg belom pegi lg nih. huhuhuhu...

me said...

why so long never been updated...!
pls keep up & keep on writing dear!