Tuesday, April 7, 2009

mesyuarat

1. hari ni hari yang paling panjang.. ada 4 mesyuarat perlu aku hadiri.
a) 9.30 pagi mesyuarat minggu pengurusan pendaftaran pelajar baru program satu tahun sesi 2009/2010. bulan 5 ni sem baru bermula, maka budak baru daftar masuk...so banyakla perkara yang perlu diuruskan. seminggu orientasi..pastu majlis perasmian penutupan..aku jawatankuasa protokol tetap dan berpencen katanya.

b)1.30 petang mesyuarat jawatankuasa kerja KAKOM 2009. KML juara 3 tahun berturut dalam KAKOM ni...so aku pun nak turut serta dan mengetahui dengan lebih mendalam kehebatan KML...3 tahun beb juara...satu malaya...ape rahsianya? tugas aku menguruskan tiket pelajar dan pensyarah serta pengurus pasukan bola tampar..katanya...macam ada sumpahan la pula dengan bola tampar ni...sejak dari sekolah lagi..hhuhu..

c)2.30 petang mesyuarat jabatan sastera dan ikhtisas.ini aku bertugas mencatat minit.

d) 3.30 petang mesyuarat jawatankuasa jadual waktu...aku rasa aku dah terkena badi buat jadual waktu masa kat sekolah...sampai sini pun terjebak juga dengan jadual waktu.tapi kat sini jadual waktu orang dari jabatan matematik dan sain yang buat so sistematik la...depa buat semua...aku bagi maklumat dan data saja mengenai unit aku...then semak la..kot2 ada clash dengan kelas lain..yang penting kena fight lokasi kuliah, dewan kuliah yang penting!


2. minggu ni minggu mesyuarat. minggu depan minggu exam. minggu lagi satu aku bersantai di langkawi dengan cik farah! lamanya....cuti ...bilala nak cuti...aku nak balik!

Thursday, April 2, 2009

khamis

1. hari ini hari terakhir p&p untuk semester ini. minggu hadapan adalah study week. ini bermakna minggu hadapan tiada p&p dan semua pensyarah perlu berada di pejabat untuk bertemu dengan pelajar sekiranya memerlukan tunjuk ajar sebelum menduduki peperiksaan.

2. bagi aku pulak, subjek dinamika kemahiran ialah subjek wajib tiada peperiksaan maka tiada pelajar yang akan datang berjumpa aku la tu maknanya..so next week memang minggu yang panjang sebelum xm.

3. menjaga xm disini dibayar so tak kisahlah kalau kena jaga xm. alah macam kita jaga xm icsa cik farah...depa bayarkan. so kat matrik pun sama juga. cuma depa pakai pensyarah tak perlu ambil orang luar. seminggu jaga dapatla dalam 2 3 ratus rm.

4. minggu depan potluck depa buat nasi lemak(macam tak de menu lain) so aku kena goreng kacang ja. makanan lain aku pun tak pasti lagi.tapi tak boleh lawan potluck kat 24, laksa johor kak yati, caramel kak bibi, laksa penang cik farah, spagetti shadi..uhh...sedapnya.

5. asyik ingat makan ja...aish...tak boleh begini bah! gumuk nanti ..nkorang tak buat potluck ka?

Tuesday, March 31, 2009

april



1. esok bulan april. bulan april adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu kehadirannya kerana:

a. cuti semester bermula
b. balik kampung halaman
c. bercuti di langkawi
d. berjumpa kawan lama


2. walaubagaimanapun, pada minggu kedua dan ketiga april ada beberapa aktiviti di kolej antaranya:

a. potluck jsi-6 april 2009
b. mesyuarat jsi - 8 april 2009 (buat minit lagi la jawabnya!)
c. taklimat ISO warga kml - 9 april 2009
d. taklimat peperiksaan untuk menjaga peperiksaan - 10 april 2009
e. perjumpaan pensyarah dan pelajar kml - 3 april 2009
f. study week - 6 - 10 april 2009
g. peperiksaan akhir - 13 - 17 april 2009
h. brunei trip - 11-12 april 2009
i. flight lbu-kul mas 5.20pm - 18 april 2009(ini hari yang paling ditunggu2)