Tuesday, April 27, 2010

memecah tradisi

1. hari ini hari bersejarah. ada tradisi telah dipecahkan. saya berasa sangat gembira. akhirnya manusia boleh menerima perubahan. walaupun pada mulanya, huru-hara dibuatnya. bukankah itu harga sebuah perubahan?

2. banyak perkara seperti tradisi di dalam keluarga melayu perlu diubah. tidak perlu meneruskan tradisi yang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. adat dan norma boleh diubah mengikut keperluan masa dan zaman. mengapa perlu mempertahankan adat dan norma apabila ia boleh memecahbelahkan sebuah institusi kekeluargaan? bukankah manusia diberi akal untuk berfikir, mempunyai sejarah untuk dijadikan panduan dan teladan.

3. akhir kata kepada pengubah tradisi di luar sana, jangan takut melakukan perubahan. masyarakat melayu dahagakan perubahan dan anjakan paradigma. sekiranya anda tidak mencetuskan perubahan, kita akan terus ketinggalan di belakang sana.

4. tahniah! semoga peristiwa hari ini kekal menjadi sejarah penting buat kita sekeluarga! 27.4.2010 dalam ingatan.

kawan lama

1. Semalam saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya. Rindu. Saya rindu dengan suasana bersama dengan kawan-kawan, bercerita tentang kisah masing-masing. Mengemaskini maklumat dan cerita. Makan dan minum tidak dilupakan. Dengan siapa kita berkawan, apa yang dibincangkan dan dimana ia berlaku, adalah penting bagi melancarkan proses itu.

2. Satu perkara yang saya sedar, apabila kita bergerak ke tempat baru, kita akan merindui apa yang tiada di tempat baru seperti di tempat lama. Menghargai adalah satu perkara yang perlu semua orang pelajari dan alami. Menghargai adalah satu pelajaran yang sangat penting di dalam kehidupan. Kalau tidak tau ape itu menghargai, hidup tidak bermakna.

3. Masa pula begitu singkat. Ekoran komitmen dan tanggungjawab masing-masing, masa terpaksa dicuri dan dicari. Sekiranya tidak, mana mungkin pertemuan ini berlaku.

4. Kepada kawan-kawan:

1. Kak Ha, Terima kasih kerana menjadi seorang kakak dan mentor yang disegani.
2. Cik Farah, jangan serik, manusia itu macam-macam. Dan hari ini kita boleh mengenali siapa sebenarnya kawan.
3. Shadi, terima kasih kerana tanpa saudari mana mungkin pertalian ini dapat diteruskan.
4. Normi, terima kasih, lain kali boleh kita makan lagi bersama.
5. Kepada yang lain, terima kasih atas masa dan ruang.

Sunday, April 25, 2010

malam minggu

1. Travel writing. Ini satu terma yang saya pelajari hari ini di salah sebuah channel astro.Menarik. Dan memberi sebab mengapa saya perlu terus mengembara, merakam gambar dan menulis cerita.

2. Kemahiran menulis sangat penting. Ini bermakna saya perlu mencari satu aktiviti yang membolehkan saya menulis, merakam gambar dan mengembara sekaligus.

3. Baru-baru ini, saya pergi ke MPH Subang Jaya. Terasa sesat di lautan buku. Terlalu banyak buku yang ada di pasaran pada hari ini. Saya terasa kerdil kerana saya tidak tahu buku apa yang perlu dibaca atau yang memberi keseronokan dan manfaat apabila membacanya. Ini merupakan satu konflik yang saya hadapi pada hari ini. Berbeza dengan 10 tahun lepas. Saya begitu dahagakan input baru dan saya membaca semua jenis buku tanpa memilih. Berbeza pada hari ini, saya mula memilih dan membanding isi kandungan buku.

4. Saya sedar membaca merupakan satu keperluan. Mungkin ini antara alasan yang munasabah mengapa saya sudah lama tidak menulis, kerana saya sudah lama tidak membaca. Membaca untuk keseronokan atau penambahan ilmu, lama saya tinggalkan. Saya sibuk membaca buku untuk keperluan di sekolah. 2 perkara yang berbeza.

5. Kesedaran untuk membaca datang pada minggu ini. Apabila berada di tempat sendiri, dikelilingi dengan keperluan terhadap maklumat terkini, secara automatik saya perlu menyesuaikan diri dan membaca lagi.

6.Tiada alasan lagi untuk tidur lena dan bersenang lenang. Bangkit!