1. Semester baru bermula. Semester ini tenaga kerja di unit saya masih tiada penambahan. Ini bermakna, saya akan bertemu majoriti pelajar Sains Fizikal dan Perakaunan. Saya terima ini sebagai cabaran. Saya mencabar diri sendiri untuk menerima mereka di dalam jumlah yang besar. Menguruskan P&P dan aktiviti mereka sehingga tenaga kerja tiba. Disamping menguruskan kerja-kerja pengurusan unit.
2. Pada mulanya saya agak gentar menerima jadual waktu dan melihat jumlah bilangan pelajar dibawah kelolaan saya. Mampukah saya menguruskan pelajar dan unit? Saya menerima tugasan ini sebagai cabaran terhadap kredibiliti dan akauntabiliti saya sebagai tenaga pengajar. Saya berterima kasih kepada Ketua Jabatan saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan moral.
3. Saya percaya bekerja di dalam satu pasukan adalah penting. Sokongan daripada Ketua Jabatan juga merupakan faktor penting dalam memastikan semua urusan berjalan lancar. Banyak perkara yang saya pelajari semester ini. Banyak juga perkara baru yang saya temui. Dan saya pasti banyak lagi perkara yang akan saya hadapi selepas ini.
4. Kuatkan semangat! Percayalah kepada diri sendiri! Anda pasti boleh!
Sunday, June 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)